Showing posts with label Artikel Pilihan. Show all posts
Showing posts with label Artikel Pilihan. Show all posts

Saturday, 9 April 2011

Subhanallah, Romantiknya dia....





Subhanallah!!,Romantiknya Rasulullah s.a.w............

Menghabiskan masa sekian lama bertungkus lumus mencari rujukan dan membuat kajian bagi Latihan Ilmiah berkaitan tajuk, Komunikasi Interpersonal : Komunikasi Suami Isteri dibawah subjek Komunikasi Dakwah, akhirnya telah menemukan kami kepada sebuah nilai ilmu yg dirasakan amat berharga & "Romantik".. Sepanjang membuat kajian melalui buku-buku,majalah dan artikel-artikel yg sewaktunya dengannya...hamba sebagai PIC yg bertanggungjawab untuk menyiapkan Bab "Teladan Rumahtangga Rasulullah s.a.w" berasa amat teruja dan kekadang terasa "bercinta keseorangan", berilusi sendiri... Subhanallah...sungguh tidak ku sangka Baginda s.a.w rupanya..................Subhanallah,tiada kata yg mampu terluah utk menggambarkn.. Yg pasti,membaca kisah Rasulullah s.a.w membuatkan hati terasa cukup bahagia wlaupun diri bukanlah antara pendampingnya.


TELADAN KEMESRAAN RUMAHTANGGA RASULULLAH S.A.W


1. Memanggil pasangan dengan panggilan yang mesra.

Islam menyuruh para suami supaya memanggil isteri dengan nama kesukaan dan yang disenangi olehnya. Andai isteri mempunyai beberapa nama, maka suami hendaklah memilih di antara nama-nama tersebut yang boleh menggambarkan kecintaan dan ungkapan kasih sayang melalui panggilan tersebut. Panggilan mesra ataupun panggilan manja yang digunakan dalam ungkapan seharian sebenarnya secara tidak langsung mampu menyuburkan lagi rasa cinta dan kasih sesama pasangan sekaligus dapat melahirkan rasa penghargaan dan hormat antara satu sama lain.

Baginda Rasulullah s.a.w sendiri sering memanggil Aisyah r.a dengan beberapa nama panggilan yg disukainya, seperti Ummu Abdillah, ‘Aish dan Humairah ( yang berpipi kemerahan-merahan bak delima ).


Diriwayatkan daripada Aisyah r.a, katanya : Baginda Rasul s.a.w pada suatu hari berkata : “ Wahai ‘Aish, sesungguhnya Jibrail telah memberitahu supaya aku menyampaikan salam untukmu. Aku menjawab : Waalaikummusalam warahmatullahi wabarakatuh, sesungguhnya engkau mengetahui perkara-perkara yang tidak aku ketahui. Yang dimaksudkan oleh Aisyah ialah baginda Rasul s.a.w sendiri. 
( Riwayat Bukhari )



2. Bergurau senda dengan isteri.



Salah satu cara untuk mewujudkan iklim ataupun suasana yang ceria dan bahagia dalam sebuah rumahtangga ialah dengan mencontohi teladan rumahtangga baginda Rasulullah s.a.w yang diwarnai dengan gurau senda, senyuman dan tawa yang membawa kepada rasa bahagia dan ketenangan yang asyik dalam melayari bahtera kehidupan rumahtangga. Gurau senda dapat memecahkan kesuraman yang melingkari serta dapat mengeratkan lagi kasih sayang sesama pasangan.

Belakangan ini, antara yang menyumbang kepada peningkatan kes-kes perceraian adalah berpunca daripada suramnya rumahtangga, suami isteri tidak pandai hendak menghiburkan hati sesama pasangan. Malah, ada pasangan berkerjaya yang terbawa-bawa cara komunikasi di tempat kerja di rumah sehingga menimbulkan rasa canggung sesama mereka langsung menjarakkan lagi jurang yang telah sedia ada sementelah masa untuk bersama kurang kerana masing-masing perlu keluar bekerja.

Contoh yang boleh diambil dan dipraktikkan melalui teladan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w :


Diriwayatkan daripada Aisyah r.a, katanya : “ Pada suatu hari aku dan baginda Rasulullah s.a.w melakukan musafir. Ketika itu sebenarnya aku masih tergolong kurus, dan hal ini menyebabkan aku tidak merasa sukar atau tidak terlalu keletihan dalam menempuh perjalanan itu. Ketika itulah baginda Rasul berkata kepada rombongan kami : “Berjalanlah kamu lebih dahulu”. Lalu rombongan tersebut pun berjalan mendahului kami”. Apabila rombongan tersebut telah berjalan meninggalkan kami di belakang, maka baginda Rasul s.a.w berkata kepadaku : “ Bagaimana kalau kita berlumba dan aku yakin akan dapat mengalahkan engkau”. Lantas aku dan baginda Rasul pun berlumba dan pada akhirnya aku menang. Kemudian dari itu baginda tidak menyuruh aku bekerja sehingga tubuhku semakin gempal dan berat badanku semakin bertambah. Lalu pada suatu hari aku dan baginda Rasul s.a.w pergi musafir. Musafir tersebut diikuti oleh ramai orang, maka baginda Rasul s.a.w pun berkata kepada mereka : “Berjalanlah kamu lebih dahulu”. Merekapun berjalan meninggalkan kami.
Ketika itulah baginda Rasul s.a.w berkata kepadaku : “Bagaimana kalau kita berlumba sekali lagi dan aku akan dapat mengalahkan engkau”. Sebenarnya ketika itu aku sudah lupa kami pernah berlumba dan baginda Rasul s.a.w kalah, sedangkan pada waktu itu aku sudah mempunyai tubuh yang gempal dan berat badan yang lebih. Aku menjawab : “Tentu saja aku akan kalah kerana badan aku gemuk seperti sekarang”. Namun baginda Rasul s.a.w beria-ia untuk mengajak aku berlumba hingga akupun setuju. Perlumbaan itu akhirnya dimenangi oleh baginda Rasul s.a.w. Setelah aku kalah kepadanya maka baginda Rasul tertawa sambil berkata : “Aku telah menebus kekalahanku yang lalu”.

( Riwayat Ahmad dan Abu Daud )



Selain itu,

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a , katanya : Baginda Rasul s.a.w pernah pulang setelah perang Tabuk atau perang Hunain. Di rumah kami ada tirai yang aku gunakan untuk menutup. Ketika itu tiba-tiba angin berhembus hingga kain tirai tersingkap maka nampaklah anak-anak mainanku dibaliknya. Lantas baginda Rasul s.a.w bertanya : ‘Apa itu, wahai Aisyah? ”. Aku menjawab : “Mereka adalah anak-anak mainanku”. Maka baginda Rasul s.a.w mendatangi anak-anak mainan kepunyaanku itu dan ternyata di antaranya ada anak mainan yang berbentuk seekor kuda yang mempunyai dua kepak yang diperbuat daripada kain. Melihat itu baginda Rasul s.a.w bertanya : “Ada sesuatu yang aneh di antara mainan kepunyaanmu itu. Apakah itu?”. Aku menjawab : “Itu adalah kuda kepunyaanku”. Baginda Rasul s.a.w bertanya lagi : “Lantas apa yang di atasnya?” Aku berkata : “Kedua-duanya adalah kepak bagi kuda tersebut’. Baginda berkata : “Setahu aku kuda tidak mempunyai kepak”. Aku menjawab : “Bukankah engkau pernah mendengar cerita Nabi Sulaiman yang mempunyai beberapa kuda yang berkepak?”. Mendengar kata-kataku tersebut, baginda Rasul s.a.w tertawa sehingga kelihatan giginya.
( Riwayat Abu Daud )


Rasulullah s.a.w bersabda : “ Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu selain zikir kepada Allah s.w.t adalah permainan yang tidak mendatangkan sebarang faedah selain dari empat perkara : Seorang suami yang bergurau senda dengan isterinya, seseorang yang melatih kudanya, seseorang yang berjalan menuju dua tujuan, dan seseorang yang belajar berenang.”
( Riwayat al-Nakha’i )


3. Saling bermesra dan bermanja sesama pasangan melalui komunikasi non-verbal
Untuk meningkatkan kemesraan dan kasih sayang sesame pasangan juga kadang-kadang tidak memerlukan kita untuk sentiasa mengungkapkan rasa cinta dan kasih tersebut. Sekali sekala cukup dengan menggambarkannya melalui perbuatan ataupun gaya bahasa badan. Hal ini malah lebih romantik dan menyentuh hati pasangan sebenarnya.
 




Diriwayatkan daripada Aisyah r.a, katanya : “ Pada satu hari ketika aku sedang datang bulan, lalu aku minum dari gelas baginda Rasul s.a.w. Apabila baginda Rasul s.a.w melihat perbuatanku tersebut, maka baginda pun meminum air yang ada di gelas itu betul-betul di tempat mulutku meminum dari gelas tersebut. Bahkan ketika aku datang bulan dan dalam keadaan berkeringat, aku pernah memberikan gelas pada baginda Rasul s.a.w kemudian baginda minum darinya betul-betul dari tempat aku minum pada gelas tersebut”. 
( Riwayat Muslim )


Selain itu,

Diriwayatkan juga daripada Aisyah r.a, katanya : Aku pernah melihat baginda Rasul s.a.w menaungi aku dari terik matahari dengan kain serban baginda sendiri, kerana pada ketika itu aku sedang asyik menonton orang-orang Habsyah sedang membuat pertunjukan di masjid, akhirnya aku merasa jemu melihat permainan tersebut.
( Riwayat Bukhari dan Muslim )


Menurut riwayat lain pula, dikatakan bahawa Aisyah pernah memberitahu : “ Tiba-tiba muncullah beberapa orang berkulit hitam dan membuat pertunjukan di hadapan baginda Rasul s.a.w pada hari raya. Lalu baginda Rasul s.a.w mengajak aku pergi menonton pertunjukkan itu. Maka aku dibiarkan baginda Rasul menonton dari atas bahunya sehingga aku merasa puas”.

( Riwayat An-Nasa’i )


* Rasulullah sa.w juga suka berbaring dipangkuan isterinya sambil membaca al-Quran,

Dari A’isyah r.a : “Rasulullah s.a.w biasa meletakkan kepalanya dipangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian baginda membaca Al-Quran..”
( Hadith Riwayat : Abdurrazaq )

* Mencium pasangan,



Dari Hafsah, puteri Umar r.a : “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w biasa mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa…”
( Hadis Riwayat : Ahmad )


* Pandangan tulus kasih dan belaian sayang sesama pasangan, seperti mana yang diiriwayatkan dalam hadis berikut bahawa :

Nabi s.a.w bersabda, “Sesungguhnya seorang suami melihat isterinya (dengan kasih sayang) dan isterinya pun melihatnya (dengan kasih sayang pula), maka Allah s.w.t melihat kedua-duanya dengan pandangan kasih sayang. Dan apabila suami memegang telapak tangan isterinya, maka dosa-dosa mereka keluar dari celah jari-jari tangan mereka”. 
( Riwayat Rafi’I dari Abu Sa’id )


Dan daripada Aisyah r.a berkata ; “Adalah Rasulullah s.a.w tidaklah setiap hari melainkan baginda mesti mengelilingi kami semua ( isterinya ) seorang demi seorang. Lalu baginda menghampiri dan membelai kami dengan tidak mencampuri, sehingga baginda singgah ke tempat isteri yang baginda giliri waktunya, lalu baginda bermalam ditempatnya”. 
( Riwayat Ahmad dan Abu Dawud )


* Menyisir rambut pasangan juga merupakan satu bentuk komunikasi non-verbal yang boleh dipraktikkan untuk mengeratkan kasih sayang sesama pasangan,

Daripada Aisyah r.a : “Aku pernah menyisir rambut Rasulullah s.a.w, padahal aku sedang haid”.
( Riwayat Tirmidzi )


Diriwayatkan juga, daripada Aisyah, dia berkata ; “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w mengeluarkan kepalanya ke tempatku saat baginda di masjid, lalu aku menyisirkannya dan selama beriktikaf baginda tidak masuk rumah, kecuali kerana suatu keperluan”.
( Riwayat Bukhari dan Muslim )


4. Mengambil hati pasangan dengan memberikan hadiah atau sekali sekala mengajak pasangan bermusafir ( bersiar-siar ).

Disebutkan dalam hadis berikut ;
“Hendaklah kamu saling member hadiah, nescaya kamu akan saling mencntai”.
( Riwayat Ibnu Asakir )

Dan diriwayatkan daripada Aisyah r.a, katanya ; “ Baginda Rasul s.a.w mengadakan undian di antara para isterinya apabila baginda hendak bermusafir. Maka orang yang menang di antara undian tersebut dialah yang akan menemani baginda dalam musafir tersebut”.
( Riwayat Imam yang Lima selain Abu Daud )



5. Menyejukkan kemarahan pasangan dengan mesra dan mengubati hati pasangan
tika dalam kesedihan.



Rasulullah s.a.w biasa memicit hidung A’isyah jika dia marah dan baginda berkata “ Wahai Uwaisy, bacalah doa; Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan…”
( Hadith Riwayat : Ibnu Sunni )

Dan diriwayatkan juga daripada Anas bin Malik r.a, katanya ;
“ Ummul Mukminin Safiyah pernah mendengar bahawa Hafsah mengatakan dia sebagai seorang Yahudi, setelah mendengar itu safiyah menangis. Kemudian baginda Rasulullah s.a.w datang dan terus mendekati Safiyah yang sedang menangis. Lalu baginda Rasulullah s.a.w berkata : “ Mengapa engkau menangis, wahai Safiyah? Maka Safiyah menjawab : “Habsah mengatakan aku anak Yahudi”. Maka baginda Rasulullah s.a.w bersabda : “Sesungguhnya engkau adalah anak nabi, bapa saudaramu seorang nabi, dan suami mu pun seorang nabi, Lalu apakah yang dia banggakan daripadamu?”. Kemudian baginda Rasul s.a.w mengakhiri : “Bertaqwalah kepada Allah wahai Hafsah”.
( Riwayat Nasa’i dan Tirmidzi )


6. Saling mendoakan sesama pasangan dan mengharapkan keredhaan Allah atas rumahtangga yang telah didirikan.


Daripada Abu Hurairah, berkata beliau, “Rasulullah s.a.w bersabda ; “ Sesungguhnya Allah memberi rahmat kepada seorang wanita yang bangun solat malam dan dia bangunkan suaminya untuk solat malam. Jika suaminya tidak mahu, dia percikkan air ke muka suaminya”.
( Riwayat Ahmad, Nasa’i , dan Ibnu Hibban )


7. Saling mencintai setulus hati.



Suatu hari Rasulullah s.a.w sedang berada dihalaman rumah.
Tiba-tiba Rasulullah meninggalkan A’isyah dan menuju ke arah seorang perempuan. Rasulullah memanggilnya dan mengajaknya berbicara…
A’isyah bertanya : “Siapakah perempuan tua ini?” Rasulullah menjawab : “Inilah sahabat Khadijah dulu..” lalu A’isyah berkata, “Engkau sebut-sebut juga Khadijah padahal Allah telah menggantikannya dengan isteri yg lebih baik…”
Lalu bagindapun berkata : “ Demi Allah tidak ada yang dapat menggantikan Khadijah. Dialah yg memberikan kpdku kebahagiaan ketika orang menghinaku. Dialah yang menghiburku dalam penderitaan ketika semua orang membenciku. Dialah yang memberikan seluruh hartanya kepadaku ketika semua orang menahan pemberiannya. Dan dialah yg menganugerahkan kepadaku anak ketika isteri-isteri yang lain tidak memberikannya….’
( Riwayat Bukhari & Muslim )



Akhirul kalam, hanya ungkapan “Subhanallah” yang mampu terluah. Romantiknya Rasulullah s.a.w , terlalu banyak contoh dan teladan yang baginda Rasulullah s.a.w telah tinggalkan kepada kita sebagai pedoman dalam melayari bahtera rumahtangga agar ke akhirnya dirimbuni bunga-bunga kebahagiaan kerana sering disirami dengan air ketaqwaan kepada Allah s.w.t yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga-moga berkekalan dan bertemu kita kembali dengan kekasih hati yang dicintai tulus sanubari, di syurgawi yang kebahagiaannya pasti lagi hakiki, Insya’Allah.



P/S : Ada banyak lagi sebenarnya shbt2 al-kisah teladan ttg 'Betapa romantiknya Rasulullah s.a.w, namun kami xmampu nk kongsikan kesemuanya didlm blog ini, andai berminat untuk meneladani kisah2 rumahtangga baginda s.a.w..shbt2 bolehla merujuk senarai beberapa rujukan yg disertakn di bwh..Barakallahulakum Bikhoir (^_^)




BIBLIOGRAFI :

Al-Quran Al-Karim.

Ahmad Zawawi Abdullah, ( 2008 ). Panduan Merancang Keluarga Bahagia, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.


Fatimah Syarha Mohd Noordin, ( 2009 ). Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul, Kuala Lumpur : Telaga Biru Sdn.Bhd.

Muhammad Abduh Yamani, ( 2008 ). Khadijah: Cinta Abadi Kekasih Nabi, Selangor : PTS Islamika.

Muhammad Abdul Halim, ( 1995 ). Suami Yang Membahagiakan Isteri, ( Terjemahan, Mohd Sofwan Amrullah ), Selangor : Pustaka Ilmi.

Mohd Fadzilah Kamsah & Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, ( 2004 ). Psikologi Cinta, Pahang : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Saodah Wok, Narimah Ismail, & Mohd.Yusof Hussain, ( 2003 ). Teori-teori Komunikasi, Kuala Lumpur : PTS Professional.

Sharifah Fakhrudin, ( 1996 ). Rasulullah s.a.w : Model Utama Kepimpinan Rumahtangga, Johor Bharu : Perniagaan Jahabersa.

by : Laskar Sang Pemimpi


Wednesday, 6 April 2011

PELABURAN DINAR & DIRHAM

by : Umaralfateh

Harta Sebenar 
Harta Sebenar

Sekarang ini, kita melihat, harga emas dan perak dunia, semakin hari, semakin mahal mengikut nilaian duit kertas yang kita pegang.Dan dahulu kala, orang kata,emas waktu 1 gram harga RM 36 (lebih 10 tahun dulu), orang kata mahal.
Lepas tu, harga RM 70/gram pun masih mahal.
Tup tap tup tap, hari ni, RM 145/gram , pun masih mahal.
Entah bilakah akan murah emas ni ye?
Kalian masih ingat tiga tragedi Besar yang melanda bangsa kita di Tanah Melayu?
Di Malaysia ini.
Sebelum merdeka, duit kertas British mula perkenalkan. Depa sandarkan dengan emas.
Lepas Jepun datang, duit kertas British yang orang melayu pegang habis tiada nilai.
Berjuta-juta tan emas orang melayu rugi sebab duit kertas British tak laku, tak leh tukar dengan emas balik.
British bawa balik bertan-tan emas free-free je ke negara depa. Orang tanah melayu kena tipu.

Lepas tu, Jepun datang dengan duit daun pisangnya.
duit daun pisang zaman jepun - masih boleh guna lagikah sekarang?
duit daun pisang zaman jepun – masih boleh guna lagikah sekarang?

Masa depa memerintah, ada la laku sekejap tapi waktu depa memerintah juga duit daun pisang tu lingkup.
Orang Tanah Melayu rugi. Bertan-tan Emas.
Tahun 1997, krisis ekonomi Asia, Malaysia lingkup dan hampir lingkup.
Kertas ringgit hilang separuh nilainya dari nilai asal.
Yang kaya jadi miskin , yang miskin terus lingkup.
Tapi, dari tiga-tiga peristiwa ni, orang yang simpan emas dan perak, merasa selamat.
Sebabnya, harta mereka tersimpan dan aset mereka terjaga.
Lepas habis setiap tragedi tersebut, yang simpan emas perak, meneruskan kehidupan macam biasa.
Depa pi pajak, jual emas perak depa, dapat barang.

Itu Cerita RIngkas.
Hari ni, pakat pulun ramai orang makin celik, bab simpan harta ni.
Dari banyak-banyak aset, emas perak paling ramai yang dok bisik-bisik.
Biasa emas ni, orang ada banyak duit kertas sket, boleh beli.
dan Perak pula, orang biasa dan duit takat-takat ada, mudah dan boleh beli.
Dan sekarang ni, dah makin banyak orang sibuk cakap pasal dinar dirham, berjual beli dengan emas dan perak.
Beli barang pasar (barang-barang kecil), guna dirham (syiling perak).
Beli barang besar (rumah, kereta, motor, kambing, lembu dll) guna dinar (emas).

Sibuk cakap pasal beli ni, bila masa nak simpan?
Harga dirham sekarang ni, RM 24 untuk 1 dirham ( 3 gram perak).
Masa saya mula beli dulu, 8 bulan lepas, harganya RM 13 untuk 1 dirham.
Tapi… kalau kalian lihat harga perak dunia dan semasa, sepatutnya harga dirham boleh dapat rendah lagi. Dalam RM 17 untuk 1 dirham?
Ok, cuba tengok harga semasa untuk 10 dirham kelantan (29.75 gram) = RM 240.
Harga untuk 1 auns syiling perak (31.1 gram atau 10 dirham ) dunia (australia, amerika, rusia dll) di pasaran malaysia = RM 140-150.
Kita nampak beza kan?
Dirham beratnya lagi kurang dari syiling auns yang dicetak oleh kebanyakan negara tapi lagi mahal.
Jadi, saya bagi kesimpulan sikit.
Dirham ni, disebabkan dia mudah cair (boleh terus guna), jadi elok untuk kegunaan dan simpanan jangka pendek.
Jumpa kedai, tanya terima dinar dirham tak, kalau terima, boleh terus guna untuk nilai tersebut (nilai semasa dirham) , kalau kedai tak terima, boleh simpan balik. atau cari orang yang minat dirham, jual kat dia.
Untuk syiling auns ni,harganya murah tapi orang nak buat urus niaga tu, kalau yang betul-betul faham sahaja yang terima syiling auns ni sebagai buat jual beli barang.
Tapi, dalam banyak hal, ianya tetap syiling yang mempunyai perak. Dan penyimpan nilai terbaik.
1 dirham ( 3 gram perak ) 1400 tahun dulu boleh beli seekor ayam, hari ni, 1 dirham boleh beli 1 ekor ayam juga.

Jadi, 2 kesimpulan nampak kan?
Bahagikan duit simpanan kalian kepada dua bahagian ,ikut dan terpulang % masing-masing.
1- Kalau nak terus guna, beli dirham, simpan dalam dompet. sentiasa  bawa, jumpa kedai, tanya, terima dirham tak, kalau terima, alhamdulillah, terus guna beli barang.
2 – Kalau mahu simpan untuk jangka panjang, (melebihi 9 bulan sehingga berpuluh tahun) , maka eloklah beli perak syiling atau jongkong yang paling murah dan paling tulen (Ag 999 @ Au 999 ), beli dan simpan, lepas setahun, keluar zakat ( 2.5% dari seluruh emas/perak yang ada).
Kalau nak tukar ke duit kertas, hubungi kepada penjual yang kita beli perak dulu tu, dia nak beli balik tak perak yang dia jual dulu?…
Kalau nak guna terus pun boleh, in sya allah, sekarang ni, dah ramai orang sedar pasal emas perak, dinar dirham ni, jadi dalam masa setahun ni, akan ada perubahan besar berlaku.
Eh, eh…korang tahu kan apa yang pakar-pakar ekonomi barat cakap pasal ekonomi dunia pada 2012 nanti?…
(bukan nak meramal atau nak jadi tukang nujum ke apa ke, tapi depa cakap berdasarkan fakta. Penunjuk arasnya, harga emas perak tahun lepas dan awal tahun ni, naik antara paling tinggi dalam sejarah)
Kalau dah ada emas dan perak, ce cerita kat kawan-kawan lain ajak simpan sama.
Tempat simpan, jangan bagitau orang:)       

p/s :  Sape2 yg da ade plan nak kawen dalam masa terdekat ni, tahun depan ke bolehla strat beli dinar dan dirham ek!!=p

 
Dipetik daripada laman -  http://pokwesilver.wordpress.com/2011/03/28/membeli-dan-menyimpan-aset-dari-produk-emas-dan-perak-%E2%80%93-tips-dan-langkah-langkah/

Tuesday, 5 April 2011

DOA ...............

 
 
DOA terkadang tidak serupa minta, minta lain tapi buat lain, malah ada juga bertentangan dengan apa yang kita minta dan sebut "amiin".
Bila imam baca doa kita di belakang main sebut saja, "amin" tidak tahu dan faham apa yang imam berkenaan baca. 
Doa sebenarnya permintaan, ia perlu difahami kemudian baru ia dapat masuk ke dalam hati. 
Kalau main minta atau main angkat tangan saja tetapi tidak memahami apa-apa isi kandungan doa berkenaan ia dianggap sebagai bermain-main ketika berdoa. 
Sudah berpuluh tahun kita meminta perkara sama tetapi masih tidak dapat-dapat. 

Sebenarnya, bukan Allah tidak perkenankan tetapi kita sendiri hanya pandai meminta tetapi tidak pandai mencari. Minta tetapi tidak mencari sama halnya dengan berangan-angan. Antara yang wajib kita minta setiap hari adalah ayat "ihdinassiratal mustaqim" yang dibaca 17 kali setiap hari. 

Maksudnya adalah tunjuklah kami jalan yang lurus. Kita wajib membacanya setiap kali sembahyang. Besarnya makna doa ini adalah ia tidak didahulukan melainkan selepas kita memuji Allah terlebih dahulu.





Bahawa segala pujian itu meliputi pada-Nya dan Dia itu adalah Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Doa ini tidak didahulukan ia, melainkan setelah kita berikrar mengaku sebenar-benarnya bahawa hanya Allah, Tuhan yang kita sembah dan tempat kita meminta pertolongan. 
Setiap hari minta "jalan yang lurus" tahukah kita apa jalan yang lurus itu? Kalau tidak tahu kena belajar dan membaca. Jalan yang lurus itu sangat penting. 

Setengah remaja hanya tahu jalan betul saja, jumpa jalan betul terus merempit. Orang Palestin mati di jalan Allah tetapi kita mati di jalan betul. 
Kalau kita perhatikan sebaik saja meminta jalan yang lurus, "ihdinassiratal mustaqim" Allah mentafsirkan jalan lurus itu adalah Allah sudah berikan nikmat-Nya kepada orang yang terdahulu. Siapakah orang-orang ini? 

Mereka adalah Rasul, Nabi, sahabat dan Aulia' . Apakah itu nikmat? Itulah nikmat Iman, Islam dan Ihsan. Hanya dengan jalan iman, Islam dan ihsan, barulah kita dapat mengikut jalan yang lurus. Rasul, Nabi, sahabat dan Aulia melalui jalan itu dan Allah tunjukkan jalannya. Maka yang kita minta itu adalah untuk mengikut jalan seperti mereka supaya kita benar-benar sampai kepada Allah. Jalan yang lurus inilah yang akan sampai kepada Allah. 

Selain itu, ada juga jalan tetapi tidak sampai kepada Allah. Allah terangkan lagi dalam surah Al-Fatihah ini, minta dijauhkan kita daripada dua jalan yang tidak sampai kepada Allah. Itulah dia jalan orang yang Allah dimurkai dan jalan orang yang sesat yang tidak mempercayai Allah seperti Namrud dan Firaun. Mereka menolak Allah dan mereka adalah orang yang mendapat laknat Allah. Jalan orang yang sesat pula adalah Yahudi dan Nasrani (kristian). 

Walaupun mereka percaya Tuhan, tetapi jalan yang mereka lalui itu adalah bertentangan dengan kehendak Tuhan. Justeru, mereka tidak akan sampai kepada Tuhan. Orang yang boleh sampai kepada Tuhan adalah mereka yang mengikuti jalan yang lurus. Jalan ini ditempuh oleh Nabi, Rasul, Sahabat, Tabiin dan juga wali Allah sebelum ini.

Maka, kita mengharapkan belas kasihan agar Allah tunjukkan kita jalan supaya kita boleh sampai kepada Allah. Dinyatakan tadi jalan itu adalah Iman, Islam dan Ihsan. Ketiga-tiganya adalah nikmat besar Allah berikan jika kita mendapatkannya. Namun, ketiga-tiganya mestilah difahami dan dihayati seterusnya menjadi amalan dan perjuangan hidup kita. Barulah kita mendapat jalan yang lurus. Kalau sekadar slogan atau cakap-cakap saja, itu dikira belum dapat lagi. 

Cubalah muhasabah diri kita sejauh mana kita bersungguh ketika berkomunikasi dengan Allah. Paling kurang ayat al-Fatihah yang kita baca seharian, antara faham, kehendak dan realiti biarlah ia selari seiring dan sejalan. Fahamilah, hayatilah, amalkanlah serta perjuangkanlah. 

 p/s: doa senjata mukmin
 
Sumber :  http://akuinsanlemah91.blogspot.com/2010/09/doa.html