Sunday 10 April 2011

"Menangislah di Bahuku........."



Menangislah di Bahuku

Album : Dunia Yang Lebih Indah
Munsyid : Firdaus
http://liriknasyid.com


kau datang padaku seperti biasa
ku sambut bahagia dengan tangan terbuka
kau balas dengan senyuman seadanya
ku tahu ada sesuatu yang berbeza

kau hanya diam seribu bahasa
hanya di matamu yang cuba berbicara
bahwa saat ini hatimu terluka
kau tahu ku ada di sini untukmu

mencuba tak berkedip
menahan tegar di hujung mata
hingga kau pun tak kuasa
berderailah airmata
dalam pelukku kau curahkan semua

menangislah...
kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
lalu untuk apa airmata telah dicipta
bukan hanya bahagia yang ada di dunia
menangislah...
di bahuku kau berikanku kepercayaan
bahwa laramu adalah haru biruku
kerna ku adalah sahabatmu

menangislah...(dibahuku ku disini untukmu)
menangislah...(dibahuku kerna ku sahabatmu)



menangislah..........





P/s : Teristimewa buat  insan-insan & sahabat-sahabat yang amat ku kasihi, menangislah dibahuku.....




-Laskar Sang pemimpi-

SKRIP DRAMA : "MIA BRUTAL"


SKRIP DRAMA : MIA BRUTAL

GENRE: ISLAMIC COMEDY  
Mia Amani seorang gadis  yang berkarakter sempoi dan brutal.  Namun, di sebalik kebrutalannya terlindung ilmu pengetahuan tentang Islam yang luas di dada.  Kata – kata sempoi  tapi penuh dengan makna yang tersendiri   lahir di bibirnya pasti berbuahkan keinsafan sesiapa yang mendengarnnya. Ini adalah hasil didikan daripada kedua orang tuanya yang merupakan seorang imam dan ibunya ustazah di salah sebuah sekolah agama di Sabak Bernam. Bahkan, dia juga merupakan pemegang Ijazah Kelas pertama dalam jurusan dakwah dan Pembangunan Insan di Universiti Malaya.
Setelah menamatkan pelajarannya, Mia  bekerja sambilan di salah sebuah restoran di Kampung Baru. Pelbagai macam ragam pelanggan yang datang di Kedai Makan Minum Pak Ali yang merupakan kedai makan ayah kepada Iman Hakimi. Iman Hakimi adalah kawan baik Mia Amani. Suatu malam, berlaku sebuah insiden antara Mia dan penjenayah kota yang sedang berada dalam buruan polis. Orang ramai berasa gerun apabila terpandangkan wajah penjenayah tersebut. Tetapi tidak bagi gadis  yang bernama Mia Amani. Prinsip dirinya, berani  kerana benar takut kerana salah. Orang yang benar pasti  Allah bantu. 
Mampukah Mia menyampaikan mesej dakwah kepada golongan penjenayah tersebut. Terkesankah dihati penjenayah  akan segala mesej dakwah Mia. 
Adakah hidayah Allah masih turun kepada orang yang jahat dipandangan manusia.? Pelbagai telatah lucu dalam metod dakwah yang cuba Mia sampaikan kepada golongan tersebut. Sama- sama kita saksikan ...




BABAK 1  
TEMPAT: DATARAN  DEWAN TUNKU CANSELOR, UNIVERSITI MALAYA
MASA: 1.00 PM ( TENGAHARI)
WATAK:MIA AMANI, IMAN HAKIMI( KAWAN BAIK MIA AMANI), PELAJAR UM ( PELAJAR APIUM), IMAM HAIKAL(AYAH MIA), USTAZAH HUMAIRA(IBU MIA), ABANG DAN ADIK.

SAAT MENTARI MEMBAHANGKAN SINARNYA, SEAKAN –AKAN TERASA BAHANGNYA DI KEPALA. MENANDAKAN WAKTU ZUHUR KIAN MENGHAMPIRI BAGI KAUM MUSLIM YANG TAAT PADA SERUAN PENCIPTANNYA. KELIHATAN MIA BERJALAN BERIRINGAN BERSAMA KEUARGA TERSAYANGNNYA DAN SAHABAT HANDAI BERSAMA TOPI DAN JUBAH YANG TERSARUNG DI TUBUH. SENYUMAN MEKAR DI BIBIR MASING- MASING MENANDAKAN KEBAHAGIAAN SEDANG MEREKA KECAPI.


MIA AMANI : YEAH! MERDEKA AKU AKHIRNYA DI VARSITI TUA NI…( SAMBIL MEMBALING TOPI DAN DIIKUTI OLEH TEMAN- TEMANNYA YANG LAIN)

IMAN HAKIMI : OI MIA, AGAK – AGAKLA NAK MELOMPAT. EKAU TU POMPUAN. KO TENGOK TU, PROF AZIZ TERCENGANG- CENGANG TENGOK KO MELOMPAT-LOMPAT CAM ANAK BERUK KAT ZOO NEGARA.

MIA AMANI : YEKE MANA? ADUIH, BRO. WA TERUJA DAH GRADE NI. TU YANG TAK HENGAT TU.( SAMBIL MENAYANG GIGINYA YANG TERSUSUN RAPI.)

IMAN HAKIMI: WAIT! WAIT!…. MIA KO RASA KEHILANGAN INSAN TERSAYANG TAK SEKARANG?

MIA AMANI: APE NI BRO? TIBA- TIBA LU NAK BANGKIT EMOSI SEDIH TAHAP MENTARI MEMBAHANG ATAS KEPALA GUA. MY FAMILY KAN  SIHAT – SIHAT BELAKA TENGOK WA NAIK PENTAS TADI.

IMAN HAIKAL: BUKAN TU LA MAKSUD AKU. CUBA KO PERHATI SEKELILING HANG! ADA WAJAH INSAN – INSAN TERSAYANG. TINGGAL MUKA AKU JE YANG TAK SAYANGKAN KO. ( SAMBIL MENGENYITKAN MATA)
MIA AMANI: YELA BRO. MANE EK KELUARGAKU DAN TEMAN YANG KUCINTAI. (SAMBIL MATANNYA MELILAU KE KIRI DAN KANAN). YA ALLAH, DIORANG KAT SANA LA ( MENUNJUK KE ARAH DERETAN  GERAI – GERAI ) NAK SHOPPING TAK AJAK AKU. NI YANG NAK MERAJUK.( SAMBIL MEMBUAT MUKA KESIAN)

IMAN HAKIMI: KO TAK PAYAH BUAT MUKA CEKODOK BASI. KALAU BUKAK GERAI, AKU BERANI POTONG TELINGA TAKDE PELANGGAN SUDI DATANG.

MIA AMANI: YELA TU. JOM KE SANA. AKU NAK PAU DIORANG MACAM- MACAM SEMPENA HARI MEMPERINGATIKU.( SAMBIL KETAWA)


BABAK 2
TEMPAT :  GERAI FESKUM
MASA :  1.30 P.M (TENGAHARI)
WATAK:  KELUARGA MIA, TEMAN-TEMAN RAPAT, IMAN HAIKAL, MIA AMANI.
KELUARGA MIA SEDANG MINUM DI GERAI KECUALI MIA DAN HAKIMI YANG DITINGGALKAN KERANA LEKA SANGAT BERTEKAK.

MIA  AMANI : OH  DI SINI RUPANYA KAMU SEMUA YA ( DENGAN GAYA IKLAN KOPI KAPAL API)

IMAM HAIKAL :  HAH! CIK ADIK  DAH HABIS DRAMA KING KAMU DENGAN IMAN HAKIMI.  KALAU TUNGGU KORANG BERTEKAK ALAMAT KERINGLA TEKAK KAMI SEMUA. 

MIA AMANI :  TAPI TAK PATUT TINGGALKAN KAMI BERTEKAK KAT TENGAH PANAS TU. KALAU YE PUN HANTAR LA ABC SATU KE. BARU LA LAMA LAGI KITORANG BERDRAMA.

USTAZAH  HUMAIRA : MIA, UDAH – UDAH LA TU LOYAR BURUK.  HANG TU, PEMEGANG IJAZAH DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN . BUKANNYA PEMEGANG IJAZAH UNDANG- UNDANG DAN SYARIAH. HENTIKAN LA MIMPI HANG NAK JADI LAWYER.

( SEMUA TEMAN- TEMAN YANG ADA DISITU KETAWA TERBAHAK-BAHAK, TIDAK TERKECUALI IMAN HAKIMI PALING JUARA)

MIA AMANI : YELA, IBUKU SAYANG. MULAI HARI INI, SAYA MIA AMANI BINTI HAIKAL INGIN BERTUKAR PROFESION DARIPADA  ‘LOYAR’  KEPADA PENDAKWAH TEGAR.( SAMBIL MENGANGKAT TANGAN SEPERTI AKU JANJI)

USTAZAH HUMAIRA : YELAH MIA OI……. KAMU  DENGAN IMAN NAK MINUM APA NI?  DARI TADI DOK BERDIRI  MACAM PENYAMBUT  TETAMU KAT SITU.

IMAN HAKIMI : LAH INGATKAN DAH TAK SUDI JEMPUT KAMI DUDUK. NAIK KEMATU KAKI KAMI BERDIRI.

BABAK 3    
TEMPAT:   JALAN BUKIT BINTANG.
MASA: 12.00 P.M (TENGAHARI)
WATAK:  BRO DON ( KETUA  PENJENAYAH )

SUASANA HINGAR – BINGAR DI HENTIAN PUDURAYA. RAMAI ORANG LALU LALANG UNTUK MELINTAS JALAN RAYA. TANPA MEREKA MENYEDARI WUJUD INSAN YANG DAHAGAKAN NYAWA DAN WANG DISITU.
BRO DON : HELO..( SEDANG BERCAKAP MELALUI TELEFON BIMBIT) AMACAM? KO DA SETTLE KAN BUDAK TU?

GENG : DAH BOS (KEDENGARAN JAWAPAN DARIPADA TELEFON BIMBIT)  

BRO DON : BAGUS!

BABAK 4   
TEMPAT: WARUNG PAK ALI KAMPUNG BARU,KUALA LUMPUR.
MASA: PUKUL 10 PM
WATAK:MIA AMANI, PAK ALI, BEBERAPA ORANG PELANGGAN.

HARI NI, GENAP SEBULAN MIA BEKERJA  SECARA SAMBILAN  DI KEDAI MAKAN DAN MINUM PAK ALI  YANG JUGA MERANGKAP AYAH IMAN HAKIMI. SEMENTARA MENUNGGU  KEPUTUSAN UNTUK MENYAMBUNG MASTER  DI UNIVERSITI MALAYA.

MIA AMANI : HAI, SELAMAT DATANG. ORDER BANG?
PELANGGAN MEJA 1 : BERI SAYA MILO PANAS DAN ROTI KOSONG SATU.( SETELAH LAMA MELIHAT MENU DI HADAPANNYA)

MIA AMANI :  TU JE BANG.( SAMBIL MELEMPARKAN SENYUM TERPAKSA) (ELE MAMAT NI, NAK LUNYAI MENU KAT TANGAN TAPI YANG DI ORDERNYE CUME MILO PANAS NGAN ROTI KOSONG, NI YANG WA HANGIN.) (KUTUK MIA DALAM HATINNYA) MAPLEY ROTI KOSONG SATU! ( JERIT MIA DARI JAUH)

MAPLEY : OK, ADIK MANIS ROTI KOSONG SIAP.

PELANGGAN MEJA 2 : WAITER, ORDER PLEASE?

MIA AMANI : YES, MAY I TAKE YOUR ORDER BRO?

PELANGGAN MEJA 2 : ERMMMMMMM…. AIR KOSONG SATU.

MIA AMANI : MAKAN?

PELANGGAN MEJA 2 : SAYA DAH MAKAN KAT UMAH. NAK MINUM AIR JE KAT SINI.

MIA AMANI : OK.. ( NI LAIE SORANG MAMAT PUTUS WAYAR, RUNGUT MIA SAMBIL BERJALAN KE KAUNTER UNTUK MEMBERI ORDER KEPADA TUKANG MASAK DAN TUKANG BANCUH AIR)

PELANGGAN MEJA 3 : DIK, DIK …

MIA AMANI : YE BANG? MAU MAKAN OR MINUM?

PELANGGAN MEJA 3 : AWAK TAK NAMPAK NI KEDAI MAKAN DAN MINUM PAK ALI, MESTILA SAYA NAK MAKAN DAN MINUM. BERI SAYA NASI GORENG VIETNAM DAGING DUA, NASI TOMYAM SATU DAN MEE KUNGFU SATU. AIR MILO AIS, ABC DAN LAI CHI KANG.

MIA AMANI : OK BANG. ADA APA- APA LAGI NAK TAMBAH?

PELANGGAN MEJA 3 : RASANYA TU AJE UNTUK JAM INI.
MIA AMANI : PEHHHH CAYALAH BRO, BADAN JE SLIM ….(ORANG MACAM NI PUN ADA JUGAK,ORDER MACAM EMPAT ORANG NAK MAKAN. RUPANYA DIA BANTAI SENSORANG. NIE GARA – GARA FRUST OR MEMANG SEJAK AZALI BURUK LANTAK, BISIK MIA DALAM HATI)

IMAN HAKIMI : MIA, MIA….( SAMBIL MELAMBAIKAN TANGANNYA KE ARAH MIA)

MIA AMANI : UIT BRO……….. MAKAN? MINUM? KO PEHAL DATANG SINI? NAK SABOTAJ AKU LER TU.

IMAN HAKIMI : AMBOI MIA BERSOPAN SANTUNNYA KO LAYAN PELANGGAN, SIAP “SUUS ZHON” LAIE KAT AKU. AKU NAK KIRA BERAPA BANYAK PELANGGAN YANG DATANG  KAT KEDAI AYAH AKU MALAM NI. BAGI AKU FRESH ORANGE SUAM, TAKNAK OREN, TAKNAK GULA, NAK AIR JE….( SAMBIL MENAHAN GELAKNYA MELIHATKAN DAHI MIA YANG BERKERUT SERIBU)

MIA AMANI : WEI BRO, AIR YANG KO MINTAK TU TAKDE DALAM SENARAI MENU PAK ALI. TAPI KALAU KO NAK JUGAK AKU PI TANYA PAK ALI. SEBENTAR YA MAS…(  MENGAJUK LOGHAT  SEBERANG SAMBIL TERSENYUM SINIS)
PAK ALI : MIA, NI AIR YANG  SI IMAN  MINTAK. TADI PAK ALI DENGAR PESANAN MENCABAR DIA. ( SAMBIL MENGHULURKAN AIR SUAM KEPADA MIA)

MIA AMANI : KO NI IM, MEMANG TEMPAH NISAN AWAL.AKU DAHLA  SANGAT BENGANG MALAM NI. RASA NAK PANGGANG KO JE KAT TEMPAT AYAM GOLEK.( SAMBIL MELETAKKAN KEPALA KE MEJA)

IMAN HAKIMI : TU LA KO, AKU SURUH KO MENGAJAR SEMENTARA KAT SEKOLAH AGAMA.KO BANTAI BAGI JAWAPAN KEREK KAT AKU.

MIA AMANI : ALA WEI, MALAS AKU NAK MENGAJAR BEBUDAK NI. AKU NI DAHLA BRUTAL, TAK PASAL- PASAL ADA YANG KENE BALING NGAN MEJA GURU. ELOK- ELOK AKU BOLEH FURTHER STUDY  KAT UM, KO NAK SURUH AKU APPLY KAMAR LOKAP PLAK.. MERANA BADAN BEB!

IMAN HAKIMI : APA KE MALANGNYE UM AMIK PELAJAR MACAM KO NI. NAK KATA BODOH DAPAT DEGREE FIRST CLASS, NAK KATA PANDAI, ENTAHLA. LAU CAMTU TERUSKAN JELA KERJA JADI WAITER. KO KAN NAK PRAKTIKKAN SUBJEK KOMUNIKASI DAKWAH YANG KO BELAJAR DULU.
MIA AMANI : PANDAI PUN KAU. TAPI SEKARANG AKU JUMPA LAGI SASARAN DAKWAH AKU.YANG DATANG TADI SEMUA MACAM WAYAR PUTUS JER AKU TENGOK.DAHLA TAK HENSEM.

IMAN HAKIMI: AIK NAK JADI PENDAKWAH NI MIA OI, MANA BOLEH PILIH BULU. NAK YANG HENSEM JE. YANG TAK HENSEM KO TAK NAK SAMPAIKAN ILMU DAKWAH KO. LAU GITU YANG JAHAT TERUS JAHAT, YANG BAIK MERASAKAN DIRINYA BAIK TANPA MAHU MENOPUP KEKURANGAN  DIRI YANG ADA. 

MIA AMANI: BAIK USTAZ. WEYH, AKU NAK BALIK LA. LAGIPUN KERJA AKU DAH HABIS. DAH LA WEYH AKU MINTAK DIRI DULU LA. PAK ABU, SAYA BALIK DULU.

PAK ABU: HATI –HATI BAWAK MOTOR MIA MALAM-MALAM. IM P TEMAN SI MIA NI BALIK. TAPI KORANG JANGAN MEREMPIT PULAK TENGAH JALAN NANTI.

MIA & IMAN: BAIKLAH.. SEDIA MENJUNJUNG PERINTAH. ( SAMBIL MENAIKI MOTOSIKAL MASING-MASING)


BABAK 4:
WATAK: PENJENAYAH, MIA IMANI, PAK ALI, GENG LEPAK,IMAN.
LOKASI: WARUNG PAK ALI
MASA: 11.30 P.M ( MALAM )

KEESOKAN HARINYA MIA BEKERJA DI KEDAI MAKAN MINUM PAK ALI SEPERTI BIASA. KELIHATAN SEGEROMBOLAN PENUNGGANG MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI MENUJU KE GERAI PAK ALI. KETIKA ITU, RAMAI PELANGGAN PAK ALI SEDANG MENONTON PERLAWANAN BOLA SEPAK. MEREKA SEMUA MENJELING MARAH KEPADA PENUNGGANG MOTOSIKAL TERSEBUT KERANA MENGANGGU PERHATIAN MEREKA. MEREKA TIDAK MEMPEDULIKAN MATA-MATA YANG MEMANDANG DAN TERUS MENUJU KE MEJA KOSONG.

MIA AMANI : (SEDANG MENUJU KE ARAH MEJA MAT- MAT MOTOR BESAR) FUYOO BRO, HEBAT LA MOTORBIKE. PINJAM BOLEH?

BRO DON : (DENGAN MUKA AGAK HAIRAN PADA MULANYA KEMUDIAN BERKATA…)
      EH BUDAK, KO TAU TAK MALAM NI AKU TERHARU.
MIA AMANI : NAPE PULAK BRO SEDIH NI. SALAH KE SAYA PUJI MOTOR TU HEBAT.

BRO DON : SEUMUR HIDUP AKU TAK PERNAH ORANG PUJI AKU. TU YANG AKU TERHARU.

MIA AMANI : ALA BRO TRICK NAK MAKAN FREE KAN..( SAMBIL TERSENGIH)

BRO DON : AKU PANTANG MAKAN FREE (SAMBIL BANGUN MENUMBUK MEJA, LIMA MUKA ANAK BUAHNYA KECUT TERMASUK LA MIA) TAPI KALAU ORANG BAGI APA SALAHNYA (SAMBIL TERSENYUM)

MIA AMANI: FUHH( SAMBIL MENGURUT DADA) BRO, ORDER?

BRO DON : BAGI 12  CHAR KUEW TEOW, ENAM  CAWAN LIMAU AIS DAN ENAM CAWAN AIR KOSONG.

MIA AMANI : OK, TU JE.
BRO DON :  TAKAT NI TU JE. TAPI LAU SEDAP CHAR KUEW TEOW TU AKU TAMBAH LAGI.

SELANG 5 MINIT SELEPAS ITU, CHAR KUEW TEOW PUN TIBA. MEREKA MAKAN DENGAN LAHAPNYA SORANG DUA PINGGAN. AKIBAT KESEDAPAN CHAR KUEW TEOW MEREKA TERTARIK UNTUK MAKAN WARUNG PAK ALI SETIAP MALAM. BERIKUTAN DENGAN HARI JUGA, HUBUNGAN MIA DENGAN PENJENAYAH TERSEBUT AKRAB. MIA DENGAN SLUMBERYER MENGELUARKAN CERITA KEAGAMAAN YANG MAMPU MENGUSIK JIWA PENJENAYAH TERSEBUT.


BABAK 5
WATAK: PENJENAYAH DAN KONCO-KONCONYA,PAK ALI,IMAN HAKIMI.
LOKASI: WARUNG PAK ALI
MASA: MALAM
( BRO DON DAN KONCO-KONCONYA MENGAMBIL TEMPAT DUDUK DI PORT BIASA MEREKA)

MIA AMANI : ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA. ORDER?
BRO DON : WAALAIKUMMUSSALAM. AMBOI SOPANNYA NAK AMIK ORDER.  MACAM BIASA LA DIK.

MIA AMANI : BRO TU BUKAN BIASA TAPI LUAR BIASA ORDER. MOGA – MOGA DENGAN KEDATANGAN ABANG-ABANG  NI BOLEH LA TAMBAH PENDAPATAN PAK ALI SETIAP HARI. ( SAMBIL MENGANGKAT TANGAN BERDOA DAN TERUS BEREDAR)

BRO DON : LEPAS KO ANTA ORDER TU, MAI  SINI KEJAP EK. ADA BENDA SIKIT NAK CITER.

MIA AMANI : YES, ADA APA BRO.(SAMBIL WAT MUKA TERPINGA-PINGA)

BRO DON : DUDUKLA.. KO DAH MAKAN? LAU BELUM AKU NAK BELANJA.

MIA AMANI : TAK PE LA BRO, SAYA BARU MAKAN TADI. TAPI LAU NAK BELANJA GAK, ESOK LAPAR KOT. HAHA...


BRO DON : KO NI MELOYAR GAK EK. AKU RASE KO  MUDA LAGI TAK SAMBUNG BELAJAR KE? KO JANGAN JADI MACAM AKU, BELAJAR TAK TINGGI, TAK PANDAI, SEMUA TAK NAK KAWAN NGAN AKU. BEBUDAK LIMA ORANG NI JE LAH YANG SUDI KAWAN NGAN AKU. JOY, RAM, BOY, DON AND BOBO. ( SAMBIL MENUNJUK SORANG- SORANG ANAK BUAHNYA, MEREKA HANYA MENGANGGUK DAN MENIKMATI CHAR KUEW TEOW KAW KEDAI PAK ALI)

MIA AMANI : BARU JE GRADE BRO,TAPI NI JELA KERJA YANG DAPAT.

BRO DON : WA SALUTE  KO.TAK PILIH KERJA WALAU ADA DEGREE. AKU INGAT KO LEPAS SPM. WALAU AKU TAK BELAJAR TINGGI TAPI AKU PANDAI BACA SURAT KHABAR. MAHASISWA MENGANGGUR ALASANNYA KERJA TAK MENEPATI KELULUSAN. TAKDE CLASS. PADAHAL DEGREE LOWER CLASS.

MIA AMANI : SAYA DAH PENAT SUSAHKAN MAK SAYA KAT KAMPUNG DARI TADIKA SAMPAI LA DEGREE. SUSAH PAYAH DIA BESAR KAN SAYA. TAKKAN DAH HABIS BELAJAR MENGANGGUR. KURANG-KURANG DUIT GAJI SAYA NI BOLEH LA MENYUMBANG KAT MAK KAT KAMPUNG.

BRO DON : SEDIH AKU DENGAR CITER KO NI. ( SAMBIL WAT MUKA SEDIH) UNTUNG MAK KO DAPAT ANAK MACAM KO NI. TAK MACAM AKU. AKU PUN TAK TAU APA KHABAR MAK AYAH AKU KAT KAMPUNG SEJAK AKU KENE HALAU LEPAS SPM GAGAL DULU.

MIA AMANI : CE CITER CE CITER.

BRO DON : AL-KISAHNYA, DULU TAHUN AKHIR 90 AN, AKU TINGKATAN LIMA MASA TU. JADI MESTILAH AMIK SPM KAN TAON TU. MAK AKU AMAT  MENGHARAPKAN AKU DAPAT BUAT TERBAIK SPM UNTUK MASUK UNIVERSITI TAPI MALANGNYA MASUK DEWAN PEPERIKSAAN AKU TERTIDO DALAM DEWAN. BANGUN-BANGUN JE MASA MENJAWAB DA HABIS. ORANG LAIN ANTA KERTAS JAWAPAN PENUH TAPI AKU ANTA KERTAS PENUH AIR LIUR. CIKGU HANYA MAMPU MENGELENGKAN KEPALA JE DENGAN AKU. SEBENARNYA AKU TAK DAPAT JAWAB PAPER TU, TU YANG AKU TIDO. MAKLUMLA, DEPAN MAK RAJIN BUKAK BUKU TAPI BELAKANG MAK AKU LA HANTU.

MIA AMANI : RILEX  LA BRO YANG LEPAS TU SUDAH LA. YANG DEPAN MATA NI BUKAK BUKU BARU. KITA NI SEMUA HAMBA ALLAH KAT DUNIA SAMA JE DI PANDANGANNYA. WALAU SEKAYA MANA ATAU SEKUAT MANA DIA, DIA TETAP KERDIL DI PANDANGAN ALLAH.
SAYA PERNAH DENGAR USTAZ SAYA CAKAP, KISAH SEORANG PEMUDA BERNAMA AL QAMAH YANG TERLALU MELEBIHKAN ISTERINYA DARIPADA IBUNYA. IBUNYA BERASA AMAT TERKILAN DAN KECEWA DENGAN SIKAP ANAKNYA ITU. HINGGALAH PADA SUATU HARI, KETIKA DIA SEDANG NAZAK, DIA TIDAK DAPAT MENGUCAP,RUPA-RUPANYA SETELAH DISIASAT-SIASAT, RASULULLAH PUN MEMUJUK IBUNYA SUPAYA MEMAAFKAN KESILAPAN ANAKNYA ITU. JADI BRO, MACAM NI LA NANTI BRO KALAU ADA ANAK, SUKA TAK KALAU ANAK KITA LEMPANG KITA SESUKA HATI? MAKI KITA DAN AKHIRNYA TINGGALKAN KITA.
JOY : KURANG AJAR  PUNYA ANAK. PENAT MAK LAHIRKAN AKHIRNYA DIA DITINGGALKAN SETELAH HATINYA DISAKITI.

BOBO: NI BOBO GERAM NI, WALAU BOBO NI MACAM NI. TIAP-TIAP BULAN BOBO ANTA DUIT KAT MAK. TELEFON MAK TIAP-TIAP HARI.

RAM: JAHAT JAHAT AKU PUN AKU TAK PERNAH PUKUL AYAH AKU SEBAB AYAH AKU GARANG. SEKALI DIA ANGKAT SUARA SEMINGGU TELINGA AKU TULI.

BRO DON:TAK TERGAMAK DEN OI. DEN TORINGAT USTAZAH DEN KABO: SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU. TAPI MALAM – MALAM DEN TENGOK KAKI IBU DEN, TAK DO SYURGA PUN. KO USTAZAH TU TIPU DEN. NI YANG DEN MAROH NI.
MIA AMANI : ABANG DON, SETIAP YANG BERIMAN KEPADA ALLAH. MESTI PERCAYA DENGAN ADANYA SYURGA NERAKA.SEBAB TU, KEK DUNIA NI ADO ORANG BAIK DAN  ORANG JAHAT.

BRO DON : EKAU PORLI KAMI KO? EKAU KATA KAMI JAHAT.

MIA AMANI : YOKO? X PERASAN PLOK EH..ALLAH CIPTAKAN SEIMBANG ADA BAIK ADA BURUK, ADALAH UNTUK MENENTUKAN KEADILANNYA.KALAU ABANG DON BANYAK BUAT AMAL BOLEH MASUK SYURGA. TAPI KALAU DAH TERLANJUR MELAKUKAN DOSA, JANGAN FIKIR NERAKA DULU, FIKIR BERTAUBAT KERNA ALLAH ITU MENERIMA TAUBAT HAMBA-HAMBANYA.

BRO: TAPI MIA, AKU NGAN DIORANG SUME DAH BANYAK DOSA. KO RASA TUHAN AMPUNKAN DOSA KAMI TAK?

MIA AMANI: SAYA TENGOK ABANG SEMUA BAIK APA. CUMA NAMPAK GANAS SIKIT. BRO SEMUA, TAK KISAH LA DOSA KITA BESAR ATAU PUN KECIK, YANG PENTING KITA BERTAUBAT NASUHA .INSYA ALLAH ALLAH AMPUNKAN.
BRO DON : TAPI KAMI NI SEBENARNYA…..SEBENARNYA…. PEROMPAK,PEMBUNUH DAN SEGALA BENDA JAHAT KAMI BUAT. KALAU TAK PERCAYA,INILAH BUKTINYA (SAMBIL MENUNJUKKAN AKHBAR KOSMO KE MIA).

MIA AMANI : BETUL LA ADA IRAS NGAN BRO. TAPI RILEX BRO, ANDAI MALAM INI PENENTU HIDAYAH MENGETUK PINTU BRO DAN KAWAN-KAWAN. SERAHLAH DIRI KEPADA ALLAH TERUTAMANYA DAN KEMUDIAN KEPADA POLIS.
BRO DON : SEJAK JUMPA KAMU DISINI, DENGAN MACAM CERITA MENARIK KAMU KABARKAN KAT KAMI. KAMI DAH TERBUKAK HATI UNTUK MENYERAH DIRI KEPADA POLIS. TAPI MIA YANG PALING KAMI RISAU, KAMI KEMPUNAN LA NAK MAKAN CHAR KUEW TEOW KAT  WARUNG PAK ALI NI

MIA AMANI: LA SIKIT PUNYA HALLA( DENGAN MENGAJUK LOGHAT BANGLA).NANTI SAYA HANTAR LA KAT PENJARA.





BABAK 6
(VISUAL BISU TANPA DIALOG, HANYA PENERANGAN DI SKRIN) 
AKHIRNYA PENJENAYAH INSAF DAN MENYERAH DIRI KEPADA POLIS KEESOKAN HARINYA. GEMPAR DI AKHBAR PAGI ITU, PENJENAYAH YANG DIKEHENDAKI POLIS DATANG MENYERAH DIRI.DISEBABKAN MEREKA MENYERAH DIRI, MEREKA DIRINGANKAN HUKUMAN 10 TAHUN PENJARA. MIA TERSENYUM GEMBIRA KERANA MAMPU MENYEDARKAN KUMPULAN PENJENYAH TERSEBUT.



BABAK 7
(VISUAL BISU TANPA DIALOG, HANYA PENERANGAN DI SKRIN) 
SELEPAS 10 TAHUN, KUMPULAN PENJENAYAH DI BEBASKAN. MEREKA MENUBUHKAN SYARIKAT SENDIRI CHAR KUEW TEOW DAN TAHFIZ. MEREKA BERUBAH SEPENUHNYA SEMASA DI DALAM PENJARA. BRO, KETUA PENJENAYAH PULANG KE KAMPUNG UNTUK MENIKMATI KEHIDUPAN BERSAMA IBU DAN BAPANYA SELEPAS 30 TAHUN BERPISAH. MIA PULA TELAH BERJAYA MENAMATKAN PHD NYA, DAN KINI MENJADI PENGURUS SYARIKAT USAHASAMANYA DENGAN BRO 5 SEKAWAN (BEKAS PENJENAYAH) DAN BERKAHWIN DENGAN IMAN HAKIMI.



END CREDIT ...........

-BY : LASKAR SANG PEMIMPI -




Saturday 9 April 2011

Subhanallah, Romantiknya dia....





Subhanallah!!,Romantiknya Rasulullah s.a.w............

Menghabiskan masa sekian lama bertungkus lumus mencari rujukan dan membuat kajian bagi Latihan Ilmiah berkaitan tajuk, Komunikasi Interpersonal : Komunikasi Suami Isteri dibawah subjek Komunikasi Dakwah, akhirnya telah menemukan kami kepada sebuah nilai ilmu yg dirasakan amat berharga & "Romantik".. Sepanjang membuat kajian melalui buku-buku,majalah dan artikel-artikel yg sewaktunya dengannya...hamba sebagai PIC yg bertanggungjawab untuk menyiapkan Bab "Teladan Rumahtangga Rasulullah s.a.w" berasa amat teruja dan kekadang terasa "bercinta keseorangan", berilusi sendiri... Subhanallah...sungguh tidak ku sangka Baginda s.a.w rupanya..................Subhanallah,tiada kata yg mampu terluah utk menggambarkn.. Yg pasti,membaca kisah Rasulullah s.a.w membuatkan hati terasa cukup bahagia wlaupun diri bukanlah antara pendampingnya.


TELADAN KEMESRAAN RUMAHTANGGA RASULULLAH S.A.W


1. Memanggil pasangan dengan panggilan yang mesra.

Islam menyuruh para suami supaya memanggil isteri dengan nama kesukaan dan yang disenangi olehnya. Andai isteri mempunyai beberapa nama, maka suami hendaklah memilih di antara nama-nama tersebut yang boleh menggambarkan kecintaan dan ungkapan kasih sayang melalui panggilan tersebut. Panggilan mesra ataupun panggilan manja yang digunakan dalam ungkapan seharian sebenarnya secara tidak langsung mampu menyuburkan lagi rasa cinta dan kasih sesama pasangan sekaligus dapat melahirkan rasa penghargaan dan hormat antara satu sama lain.

Baginda Rasulullah s.a.w sendiri sering memanggil Aisyah r.a dengan beberapa nama panggilan yg disukainya, seperti Ummu Abdillah, ‘Aish dan Humairah ( yang berpipi kemerahan-merahan bak delima ).


Diriwayatkan daripada Aisyah r.a, katanya : Baginda Rasul s.a.w pada suatu hari berkata : “ Wahai ‘Aish, sesungguhnya Jibrail telah memberitahu supaya aku menyampaikan salam untukmu. Aku menjawab : Waalaikummusalam warahmatullahi wabarakatuh, sesungguhnya engkau mengetahui perkara-perkara yang tidak aku ketahui. Yang dimaksudkan oleh Aisyah ialah baginda Rasul s.a.w sendiri. 
( Riwayat Bukhari )



2. Bergurau senda dengan isteri.



Salah satu cara untuk mewujudkan iklim ataupun suasana yang ceria dan bahagia dalam sebuah rumahtangga ialah dengan mencontohi teladan rumahtangga baginda Rasulullah s.a.w yang diwarnai dengan gurau senda, senyuman dan tawa yang membawa kepada rasa bahagia dan ketenangan yang asyik dalam melayari bahtera kehidupan rumahtangga. Gurau senda dapat memecahkan kesuraman yang melingkari serta dapat mengeratkan lagi kasih sayang sesama pasangan.

Belakangan ini, antara yang menyumbang kepada peningkatan kes-kes perceraian adalah berpunca daripada suramnya rumahtangga, suami isteri tidak pandai hendak menghiburkan hati sesama pasangan. Malah, ada pasangan berkerjaya yang terbawa-bawa cara komunikasi di tempat kerja di rumah sehingga menimbulkan rasa canggung sesama mereka langsung menjarakkan lagi jurang yang telah sedia ada sementelah masa untuk bersama kurang kerana masing-masing perlu keluar bekerja.

Contoh yang boleh diambil dan dipraktikkan melalui teladan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w :


Diriwayatkan daripada Aisyah r.a, katanya : “ Pada suatu hari aku dan baginda Rasulullah s.a.w melakukan musafir. Ketika itu sebenarnya aku masih tergolong kurus, dan hal ini menyebabkan aku tidak merasa sukar atau tidak terlalu keletihan dalam menempuh perjalanan itu. Ketika itulah baginda Rasul berkata kepada rombongan kami : “Berjalanlah kamu lebih dahulu”. Lalu rombongan tersebut pun berjalan mendahului kami”. Apabila rombongan tersebut telah berjalan meninggalkan kami di belakang, maka baginda Rasul s.a.w berkata kepadaku : “ Bagaimana kalau kita berlumba dan aku yakin akan dapat mengalahkan engkau”. Lantas aku dan baginda Rasul pun berlumba dan pada akhirnya aku menang. Kemudian dari itu baginda tidak menyuruh aku bekerja sehingga tubuhku semakin gempal dan berat badanku semakin bertambah. Lalu pada suatu hari aku dan baginda Rasul s.a.w pergi musafir. Musafir tersebut diikuti oleh ramai orang, maka baginda Rasul s.a.w pun berkata kepada mereka : “Berjalanlah kamu lebih dahulu”. Merekapun berjalan meninggalkan kami.
Ketika itulah baginda Rasul s.a.w berkata kepadaku : “Bagaimana kalau kita berlumba sekali lagi dan aku akan dapat mengalahkan engkau”. Sebenarnya ketika itu aku sudah lupa kami pernah berlumba dan baginda Rasul s.a.w kalah, sedangkan pada waktu itu aku sudah mempunyai tubuh yang gempal dan berat badan yang lebih. Aku menjawab : “Tentu saja aku akan kalah kerana badan aku gemuk seperti sekarang”. Namun baginda Rasul s.a.w beria-ia untuk mengajak aku berlumba hingga akupun setuju. Perlumbaan itu akhirnya dimenangi oleh baginda Rasul s.a.w. Setelah aku kalah kepadanya maka baginda Rasul tertawa sambil berkata : “Aku telah menebus kekalahanku yang lalu”.

( Riwayat Ahmad dan Abu Daud )



Selain itu,

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a , katanya : Baginda Rasul s.a.w pernah pulang setelah perang Tabuk atau perang Hunain. Di rumah kami ada tirai yang aku gunakan untuk menutup. Ketika itu tiba-tiba angin berhembus hingga kain tirai tersingkap maka nampaklah anak-anak mainanku dibaliknya. Lantas baginda Rasul s.a.w bertanya : ‘Apa itu, wahai Aisyah? ”. Aku menjawab : “Mereka adalah anak-anak mainanku”. Maka baginda Rasul s.a.w mendatangi anak-anak mainan kepunyaanku itu dan ternyata di antaranya ada anak mainan yang berbentuk seekor kuda yang mempunyai dua kepak yang diperbuat daripada kain. Melihat itu baginda Rasul s.a.w bertanya : “Ada sesuatu yang aneh di antara mainan kepunyaanmu itu. Apakah itu?”. Aku menjawab : “Itu adalah kuda kepunyaanku”. Baginda Rasul s.a.w bertanya lagi : “Lantas apa yang di atasnya?” Aku berkata : “Kedua-duanya adalah kepak bagi kuda tersebut’. Baginda berkata : “Setahu aku kuda tidak mempunyai kepak”. Aku menjawab : “Bukankah engkau pernah mendengar cerita Nabi Sulaiman yang mempunyai beberapa kuda yang berkepak?”. Mendengar kata-kataku tersebut, baginda Rasul s.a.w tertawa sehingga kelihatan giginya.
( Riwayat Abu Daud )


Rasulullah s.a.w bersabda : “ Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu selain zikir kepada Allah s.w.t adalah permainan yang tidak mendatangkan sebarang faedah selain dari empat perkara : Seorang suami yang bergurau senda dengan isterinya, seseorang yang melatih kudanya, seseorang yang berjalan menuju dua tujuan, dan seseorang yang belajar berenang.”
( Riwayat al-Nakha’i )


3. Saling bermesra dan bermanja sesama pasangan melalui komunikasi non-verbal
Untuk meningkatkan kemesraan dan kasih sayang sesame pasangan juga kadang-kadang tidak memerlukan kita untuk sentiasa mengungkapkan rasa cinta dan kasih tersebut. Sekali sekala cukup dengan menggambarkannya melalui perbuatan ataupun gaya bahasa badan. Hal ini malah lebih romantik dan menyentuh hati pasangan sebenarnya.
 




Diriwayatkan daripada Aisyah r.a, katanya : “ Pada satu hari ketika aku sedang datang bulan, lalu aku minum dari gelas baginda Rasul s.a.w. Apabila baginda Rasul s.a.w melihat perbuatanku tersebut, maka baginda pun meminum air yang ada di gelas itu betul-betul di tempat mulutku meminum dari gelas tersebut. Bahkan ketika aku datang bulan dan dalam keadaan berkeringat, aku pernah memberikan gelas pada baginda Rasul s.a.w kemudian baginda minum darinya betul-betul dari tempat aku minum pada gelas tersebut”. 
( Riwayat Muslim )


Selain itu,

Diriwayatkan juga daripada Aisyah r.a, katanya : Aku pernah melihat baginda Rasul s.a.w menaungi aku dari terik matahari dengan kain serban baginda sendiri, kerana pada ketika itu aku sedang asyik menonton orang-orang Habsyah sedang membuat pertunjukan di masjid, akhirnya aku merasa jemu melihat permainan tersebut.
( Riwayat Bukhari dan Muslim )


Menurut riwayat lain pula, dikatakan bahawa Aisyah pernah memberitahu : “ Tiba-tiba muncullah beberapa orang berkulit hitam dan membuat pertunjukan di hadapan baginda Rasul s.a.w pada hari raya. Lalu baginda Rasul s.a.w mengajak aku pergi menonton pertunjukkan itu. Maka aku dibiarkan baginda Rasul menonton dari atas bahunya sehingga aku merasa puas”.

( Riwayat An-Nasa’i )


* Rasulullah sa.w juga suka berbaring dipangkuan isterinya sambil membaca al-Quran,

Dari A’isyah r.a : “Rasulullah s.a.w biasa meletakkan kepalanya dipangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian baginda membaca Al-Quran..”
( Hadith Riwayat : Abdurrazaq )

* Mencium pasangan,



Dari Hafsah, puteri Umar r.a : “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w biasa mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa…”
( Hadis Riwayat : Ahmad )


* Pandangan tulus kasih dan belaian sayang sesama pasangan, seperti mana yang diiriwayatkan dalam hadis berikut bahawa :

Nabi s.a.w bersabda, “Sesungguhnya seorang suami melihat isterinya (dengan kasih sayang) dan isterinya pun melihatnya (dengan kasih sayang pula), maka Allah s.w.t melihat kedua-duanya dengan pandangan kasih sayang. Dan apabila suami memegang telapak tangan isterinya, maka dosa-dosa mereka keluar dari celah jari-jari tangan mereka”. 
( Riwayat Rafi’I dari Abu Sa’id )


Dan daripada Aisyah r.a berkata ; “Adalah Rasulullah s.a.w tidaklah setiap hari melainkan baginda mesti mengelilingi kami semua ( isterinya ) seorang demi seorang. Lalu baginda menghampiri dan membelai kami dengan tidak mencampuri, sehingga baginda singgah ke tempat isteri yang baginda giliri waktunya, lalu baginda bermalam ditempatnya”. 
( Riwayat Ahmad dan Abu Dawud )


* Menyisir rambut pasangan juga merupakan satu bentuk komunikasi non-verbal yang boleh dipraktikkan untuk mengeratkan kasih sayang sesama pasangan,

Daripada Aisyah r.a : “Aku pernah menyisir rambut Rasulullah s.a.w, padahal aku sedang haid”.
( Riwayat Tirmidzi )


Diriwayatkan juga, daripada Aisyah, dia berkata ; “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w mengeluarkan kepalanya ke tempatku saat baginda di masjid, lalu aku menyisirkannya dan selama beriktikaf baginda tidak masuk rumah, kecuali kerana suatu keperluan”.
( Riwayat Bukhari dan Muslim )


4. Mengambil hati pasangan dengan memberikan hadiah atau sekali sekala mengajak pasangan bermusafir ( bersiar-siar ).

Disebutkan dalam hadis berikut ;
“Hendaklah kamu saling member hadiah, nescaya kamu akan saling mencntai”.
( Riwayat Ibnu Asakir )

Dan diriwayatkan daripada Aisyah r.a, katanya ; “ Baginda Rasul s.a.w mengadakan undian di antara para isterinya apabila baginda hendak bermusafir. Maka orang yang menang di antara undian tersebut dialah yang akan menemani baginda dalam musafir tersebut”.
( Riwayat Imam yang Lima selain Abu Daud )



5. Menyejukkan kemarahan pasangan dengan mesra dan mengubati hati pasangan
tika dalam kesedihan.



Rasulullah s.a.w biasa memicit hidung A’isyah jika dia marah dan baginda berkata “ Wahai Uwaisy, bacalah doa; Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan…”
( Hadith Riwayat : Ibnu Sunni )

Dan diriwayatkan juga daripada Anas bin Malik r.a, katanya ;
“ Ummul Mukminin Safiyah pernah mendengar bahawa Hafsah mengatakan dia sebagai seorang Yahudi, setelah mendengar itu safiyah menangis. Kemudian baginda Rasulullah s.a.w datang dan terus mendekati Safiyah yang sedang menangis. Lalu baginda Rasulullah s.a.w berkata : “ Mengapa engkau menangis, wahai Safiyah? Maka Safiyah menjawab : “Habsah mengatakan aku anak Yahudi”. Maka baginda Rasulullah s.a.w bersabda : “Sesungguhnya engkau adalah anak nabi, bapa saudaramu seorang nabi, dan suami mu pun seorang nabi, Lalu apakah yang dia banggakan daripadamu?”. Kemudian baginda Rasul s.a.w mengakhiri : “Bertaqwalah kepada Allah wahai Hafsah”.
( Riwayat Nasa’i dan Tirmidzi )


6. Saling mendoakan sesama pasangan dan mengharapkan keredhaan Allah atas rumahtangga yang telah didirikan.


Daripada Abu Hurairah, berkata beliau, “Rasulullah s.a.w bersabda ; “ Sesungguhnya Allah memberi rahmat kepada seorang wanita yang bangun solat malam dan dia bangunkan suaminya untuk solat malam. Jika suaminya tidak mahu, dia percikkan air ke muka suaminya”.
( Riwayat Ahmad, Nasa’i , dan Ibnu Hibban )


7. Saling mencintai setulus hati.



Suatu hari Rasulullah s.a.w sedang berada dihalaman rumah.
Tiba-tiba Rasulullah meninggalkan A’isyah dan menuju ke arah seorang perempuan. Rasulullah memanggilnya dan mengajaknya berbicara…
A’isyah bertanya : “Siapakah perempuan tua ini?” Rasulullah menjawab : “Inilah sahabat Khadijah dulu..” lalu A’isyah berkata, “Engkau sebut-sebut juga Khadijah padahal Allah telah menggantikannya dengan isteri yg lebih baik…”
Lalu bagindapun berkata : “ Demi Allah tidak ada yang dapat menggantikan Khadijah. Dialah yg memberikan kpdku kebahagiaan ketika orang menghinaku. Dialah yang menghiburku dalam penderitaan ketika semua orang membenciku. Dialah yang memberikan seluruh hartanya kepadaku ketika semua orang menahan pemberiannya. Dan dialah yg menganugerahkan kepadaku anak ketika isteri-isteri yang lain tidak memberikannya….’
( Riwayat Bukhari & Muslim )



Akhirul kalam, hanya ungkapan “Subhanallah” yang mampu terluah. Romantiknya Rasulullah s.a.w , terlalu banyak contoh dan teladan yang baginda Rasulullah s.a.w telah tinggalkan kepada kita sebagai pedoman dalam melayari bahtera rumahtangga agar ke akhirnya dirimbuni bunga-bunga kebahagiaan kerana sering disirami dengan air ketaqwaan kepada Allah s.w.t yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga-moga berkekalan dan bertemu kita kembali dengan kekasih hati yang dicintai tulus sanubari, di syurgawi yang kebahagiaannya pasti lagi hakiki, Insya’Allah.



P/S : Ada banyak lagi sebenarnya shbt2 al-kisah teladan ttg 'Betapa romantiknya Rasulullah s.a.w, namun kami xmampu nk kongsikan kesemuanya didlm blog ini, andai berminat untuk meneladani kisah2 rumahtangga baginda s.a.w..shbt2 bolehla merujuk senarai beberapa rujukan yg disertakn di bwh..Barakallahulakum Bikhoir (^_^)




BIBLIOGRAFI :

Al-Quran Al-Karim.

Ahmad Zawawi Abdullah, ( 2008 ). Panduan Merancang Keluarga Bahagia, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.


Fatimah Syarha Mohd Noordin, ( 2009 ). Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul, Kuala Lumpur : Telaga Biru Sdn.Bhd.

Muhammad Abduh Yamani, ( 2008 ). Khadijah: Cinta Abadi Kekasih Nabi, Selangor : PTS Islamika.

Muhammad Abdul Halim, ( 1995 ). Suami Yang Membahagiakan Isteri, ( Terjemahan, Mohd Sofwan Amrullah ), Selangor : Pustaka Ilmi.

Mohd Fadzilah Kamsah & Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, ( 2004 ). Psikologi Cinta, Pahang : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Saodah Wok, Narimah Ismail, & Mohd.Yusof Hussain, ( 2003 ). Teori-teori Komunikasi, Kuala Lumpur : PTS Professional.

Sharifah Fakhrudin, ( 1996 ). Rasulullah s.a.w : Model Utama Kepimpinan Rumahtangga, Johor Bharu : Perniagaan Jahabersa.

by : Laskar Sang Pemimpi


Skrip Dokumentari : "Aduhai Lelaki......."



SKRIP DOKUMENTARI :         

DOKUMENTARI  “ADUHAI LELAKI!!”



VISUAL

SKRIP

DURATION

NARATIVE / AUDIO

1.


Montaj

Tiada

10 saat

Tiada

2.

Masa : Siang
Tempat : Masjid

Watak : Pengantin lelaki, pengantin perempuan, tok kadi & beberapa orang kampung

Situasi :
Visual beberapa orang lelaki sedang memfokuskan pandangan ke arah seseorang, seolah-olah sedang menanti ketibaan seseorang yang amat ditunggu-tunggu.  Rupa-rupanya mereka sedang memfokuskan pandangan ke arah rombongan pengantin lelaki yang baru sampai di muka pintu masjid. Pengantin lelaki tersengih sehingga menampakkan barisan gigi hadapan, lalu disambut dengan senyuman tersimpul malu oleh si pengantin perempuan.




Tiada

30 saat

Bunyi kompang dipalu sambil diselitkan muzik lagu “Renjis-renjis dipilis...”

3.

Masa : Siang
Tempat : Dalam masjid

Watak : Pengantin lelaki, wali, tok kadi, beberapa orang kampung & pengantin perempuan

Situasi :
Pengantin lelaki duduk di tempat yang telah


disediakan untuk upacara akad nikah. Kelihatan wali (ayah kepada pengantin
perempuan) & tok kadi mengangguk-anggukkan kepala tanda sudah bersedia untuk memulakan majlis akad nikah,lalu berlangsunglah dengan dimulakan dengan “exam” oleh si wali, beberapa soalan asas tentang Islam ditanyakan, si pengantin lelaki tidak dapat menjawab soalan yang diajukan tetapi dia bijak mengendalikan keadaan sehingga berjaya untuk tidak menampakkan kebodohannya, kemudian diteruskan oleh tok kadi membacakan lafaz akad nikah, tetapi si pengantin lelaki tidak dapat mengikutinya dengan baik sehingga perlu diulang beberapa kali. Akhirnya pengantin lelaki seakan-akannya berjaya menyelesaikan lafaz akad nikah, namun rupa-rupanya salah jugak hingga menyebabkan wali terkejut dengan lafaz yang diungkapkan lalu pengsan.  

Babak 1 :

Kelihatan beberapa orang tua dan pengantin lelaki duduk saling berhadapan di dalam sebuah masjid sambil di perhatikan oleh orang-orang kampung.


Ayah Pengantin Perempuan : “Apasai menggeletaq ngat ni? cuba istighfar sikit”



Pengantin Lelaki : “Emm…emm……”
 (makin menggeletar sebab dia tak konfius istighfar tu “Astaghfirullah..” atau “Subhanallah” atau “Allahuakbar”..)

Ayah Pengantin Perempuan : Haa…reti dok? (saje nak gertak)


Pengantin Lelaki : Allahuakbar!! ( dalam keadaan terkejut kerana digertak)

Ayah Pengantin Perempuan : (memek muka terkejut sambil mencerlungkan biji mata)

·         Tok kadi berdehem tanda mintak disegerakan upacara kerana ada upacara lain lagi yang perlu dihadiri

Tok Kadi : “Ehem!..boleh kita mula sekarang?”

Pengantin Lelaki : “Ow..boley..boley…boley”

Tok Kadi : “Aku nikahkan dikau dengan Limah bt  Sameon dengan mas kahwinnya RM 100 tunai! “

Pengantin Lelaki : “Aa…aku, aku…………..”

(sambil semua mata-mata memandang kearah pengantin lelaki)

Tok Kadi : “Boleh?”

Pengantin Lelaki : Errk…..

Tok Kadi : “Takpa lah, kita ulang semula no”
         
(Pengantin lelaki menarik nafas lelaki lalu bersedia untuk lafaz akad nikah sekali lagi, namun sehingga 3 kali berturut-turut tetap tak Berjaya, akhirnya……..”

Tok Kadi : “Aku nikahkan dikau dengan Limah bt Sameon dengan mas kahwinnya RM 100 tunai!”

(Lalu, dengan gaya yang penuh dengan keyakinan, pengantin lelaki pun menjawab…)

Pengantin Lelaki : “Aku terima nikahnya Limah bt Sameon “100 percent”, tunai! ”

Tok Kadi : (ternganga sambil mengurut-urut dada kerana terkejut dan geram)

Wali : (terkejut terus pengsan)


·         Cut ….

1 ½ minit





          Tiada

4.

Masa : Waktu Maghrib
Tempat : Ruang solat di rumah pengantin perempuan

Watak : Pengantin Lelaki, Pengantin Perempuan, Ayah Pengantin Perempuan, Ibu Pengantin Lelaki, Adik Lelaki Pengantin Perempuan

Situasi :
Azan berkumandang menandakan telah masuk waktu solat fardhu maghrib. Kesemua watak sedang berada di ruang solat sedang bersiap-sedia untuk menunaikan solat fardhu maghrib. Kemudian si ayah pun meminta anak lelakinya iqamat. Selesai iqamat, si ayah pun menyuruh si menantu mengimamkan solat maghrib . Tetapi si menantu secara tiba-tiba mengadu bahawasanya dia sakit perut lalu terus bergegas menuju ke tandas. Si ayah menggelengkan kepala kerana dia tahu bahawa menantunya itu hanya memberikan alasan. Solat diteruskan dengan di imamkan oleh si ayah. Si menantu pula kelihatan mengintai-intai keadaan, selesai si ayah membaca surah al-fatihah, dia pun terus mengambil kedudukan di sof bersebelahan dengan isterinya, sebaris dengan sof ibu mertuanya dan terus mengikut gerakan-gerakan solat isterinya (cara solat wanita). Seusai si ayah melafazkan salam tahiyyat akhir yang pertama, dengan penuh yakinnya si menantu menjawab salam si ayah dengan nyaring. Si ayah terkejut lalu pengsan.


Babak 2 :

Kelihatan ayah dan ibu pengantin bersama-sama anak lelaki dan anak perempuannya sedang bersiap sedia untuk menunaikan solat fardhu maghrib. Ketika adik lelaki pengantin perempuan iqamat, kelihatan si menantu tergopoh-gapah menghampiri yang lain sambil muka dan bajunya basah kerana air wudhu’nya. Si ayah membuat muka berkerut melihat gelagat menantunya itu.


Ayah Pengantin Perempuan : “Ehem!...Dol jadi imam no..”

(Kelihatan terkejut lalu secara spontan membuat aksi seolah-olah sedang sakit perut)

Pengantin Lelaki : “Adoi! Sakitnya perut dol ni ayah! Aduh! Memulas-mulas ni ayah! Adoh!! Sakit yah! Adohh!!... (sambil berlari keluar menuju ke tandas)

( Ayah Pengantin Lelaki hanya menggeleng-gelengkan kepalanya kerana dia tahu itu hanyalah alas an menantunya untuk tidak menjadi imam,lalu terus mengambil tempat untuk mengimamkan solat. Usai si ayah membacakan surah al-Fatihah si menantupun terus masuk lalu mengambil tempat disebelah isterinya sebaris dengan sof ibu mentuanya. Si menantu mengikut gerakan-gerakan solat yang dilakukan oleh isterinya (cara solat wanita), hinggalah pada waktu si ayah memberikan salam bagi tahiyyat akhir)

Ayah Pengantin Perempuan : Assalamualaikum warahmatullah……….

Pengantin Lelaki : Wa’alaikumussalam warahmatullah!! (menjawab dengan penuh yakinnya)


(Si ayah terkejut, lalu terus pengsan)



·         Cut …







2 minit



Bunyi azan di laungkan


5.

Visual pengacara sedang berada di sebuah taman.

Skrip :

“Aduhai lelaki!!”.. ( sambil menepuk kepala sendiri, memek muka  sedih sambil menggeleng-gelengkan kepala dan mengeluh panjang…)







10   saat

  Bunyi “kwang..x3”




6.

Video klip seorang lelaki sedang berjalan menuju ke sebuah kedai buku sambil memilih beberapa buah buku tentang ilmu asas-asas Islam & Ilmu rumah tangga, kemudian kedengaran bunyi azan Asar, lalu dia segera bergerak menuju

ke masjid berhampiran

Melalui sekilas pandang daripada drama pendek tersebut, pengacara mengulas serba sedikit tentang persiapan yang sepatutnya dilakukan oleh seorang lelaki sebelum bersedia untuk memegang amanah sebagai seorang suami dan ayah khususnya, dan sebagai ketua

keluarga amnya.


3 minit

Nasyid “Lafaz Sakinah”


7.

Visual Hadith Sahih beserta terjemahan yang berkaitan dengan tanggungjawab seorang lelaki sebagai ketua keluarga


Tiada

1 minit

Audio suara latar hadis dibacakan


8.

Video Interview
(2 orang responden)

Tertakluk kepada jawapan responden


4 minit

 Suara responden


9.

Visual pengacara sedang berada di sebuah taman sambil berjalan-jalan melihat gelagat sebuah keluarga yang bahagia.


(Pengacara mengulas serba sedikit tentang apa yang telah diperkatakan oleh responden, kemudian terus kepada skrip kesimpulan dan penutup)


1 minit

Suara pengacara


10.

End Credit


Senarai nama pengarah, penulis skrip, penerbit, pelakon, audio dan lain-lain

20 saat

Lagu loghat Terengganu – “Kerabu Pucuk Pisang”







- by : Laskar Sang Pemimpi -