SKRIP DOKUMENTARI :          
DOKUMENTARI  “ADUHAI LELAKI!!”
|     |        VISUAL  |        SKRIP  |        DURATION  |        NARATIVE / AUDIO  |   ||
|     1.  |        Montaj  |        Tiada  |        10   saat  |        Tiada  |   ||
|     2.  |        Masa : Siang Tempat : Masjid Watak : Pengantin lelaki, pengantin   perempuan, tok kadi & beberapa orang kampung Situasi : Visual beberapa orang lelaki sedang   memfokuskan pandangan ke arah seseorang, seolah-olah sedang menanti ketibaan   seseorang yang amat ditunggu-tunggu.    Rupa-rupanya mereka sedang memfokuskan pandangan ke arah rombongan   pengantin lelaki yang baru sampai di muka pintu masjid. Pengantin lelaki   tersengih sehingga menampakkan barisan gigi hadapan, lalu disambut dengan   senyuman tersimpul malu oleh si pengantin perempuan.  |        Tiada  |        30   saat  |        Bunyi kompang dipalu sambil diselitkan muzik lagu “Renjis-renjis   dipilis...”  |   ||
|     3.  |        Masa : Siang Tempat : Dalam masjid Watak : Pengantin lelaki, wali, tok   kadi, beberapa orang kampung & pengantin perempuan Situasi :  Pengantin lelaki duduk di tempat   yang telah  disediakan untuk upacara akad nikah.   Kelihatan wali (ayah kepada pengantin  perempuan) & tok kadi   mengangguk-anggukkan kepala tanda sudah bersedia untuk memulakan majlis akad   nikah,lalu berlangsunglah dengan dimulakan dengan “exam” oleh si wali,   beberapa soalan asas tentang Islam ditanyakan, si pengantin lelaki tidak   dapat menjawab soalan yang diajukan tetapi dia bijak mengendalikan keadaan   sehingga berjaya untuk tidak menampakkan kebodohannya, kemudian diteruskan   oleh tok kadi membacakan lafaz akad nikah, tetapi si pengantin lelaki tidak   dapat mengikutinya dengan baik sehingga perlu diulang beberapa kali. Akhirnya   pengantin lelaki seakan-akannya berjaya menyelesaikan lafaz akad nikah, namun   rupa-rupanya salah jugak hingga menyebabkan wali terkejut dengan lafaz yang diungkapkan   lalu pengsan.     |        Babak 1 : Kelihatan beberapa orang tua dan   pengantin lelaki duduk saling berhadapan di dalam sebuah masjid sambil di   perhatikan oleh orang-orang kampung. Ayah Pengantin Perempuan : “Apasai   menggeletaq ngat ni? cuba istighfar sikit” Pengantin Lelaki : “Emm…emm……”  (makin menggeletar sebab dia tak konfius   istighfar tu “Astaghfirullah..” atau “Subhanallah” atau “Allahuakbar”..) Ayah Pengantin Perempuan : Haa…reti   dok? (saje nak gertak) Pengantin Lelaki : Allahuakbar!! (   dalam keadaan terkejut kerana digertak) Ayah Pengantin Perempuan : (memek   muka terkejut sambil mencerlungkan biji mata) ·           Tok kadi   berdehem tanda mintak disegerakan upacara kerana ada upacara lain lagi yang   perlu dihadiri Tok Kadi : “Ehem!..boleh kita mula   sekarang?” Pengantin Lelaki :   “Ow..boley..boley…boley” Tok Kadi : “Aku nikahkan dikau   dengan Limah bt  Sameon dengan mas   kahwinnya RM 100 tunai! “ Pengantin Lelaki : “Aa…aku,   aku…………..” (sambil semua mata-mata memandang   kearah pengantin lelaki) Tok Kadi : “Boleh?” Pengantin Lelaki : Errk….. Tok Kadi : “Takpa lah, kita ulang   semula no” (Pengantin lelaki menarik nafas   lelaki lalu bersedia untuk lafaz akad nikah sekali lagi, namun sehingga 3   kali berturut-turut tetap tak Berjaya, akhirnya……..” Tok Kadi : “Aku nikahkan dikau   dengan Limah bt Sameon dengan mas kahwinnya RM 100 tunai!” (Lalu, dengan gaya yang penuh dengan   keyakinan, pengantin lelaki pun menjawab…) Pengantin Lelaki : “Aku terima   nikahnya Limah bt Sameon “100 percent”, tunai! ” Tok Kadi : (ternganga sambil   mengurut-urut dada kerana terkejut dan geram) Wali : (terkejut terus pengsan) ·           Cut ….   |        1 ½   minit  |                  Tiada  |   ||
|     4.  |        Masa : Waktu Maghrib Tempat : Ruang solat di rumah   pengantin perempuan Watak : Pengantin Lelaki, Pengantin   Perempuan, Ayah Pengantin Perempuan, Ibu Pengantin Lelaki, Adik Lelaki   Pengantin Perempuan Situasi : Azan berkumandang menandakan telah   masuk waktu solat fardhu maghrib. Kesemua watak sedang berada di ruang solat   sedang bersiap-sedia untuk menunaikan solat fardhu maghrib. Kemudian si ayah   pun meminta anak lelakinya iqamat. Selesai iqamat, si ayah pun menyuruh si   menantu mengimamkan solat maghrib . Tetapi si menantu secara tiba-tiba   mengadu bahawasanya dia sakit perut lalu terus bergegas menuju ke tandas. Si   ayah menggelengkan kepala kerana dia tahu bahawa menantunya itu hanya   memberikan alasan. Solat diteruskan dengan di imamkan oleh si ayah. Si   menantu pula kelihatan mengintai-intai keadaan, selesai si ayah membaca surah   al-fatihah, dia pun terus mengambil kedudukan di sof bersebelahan dengan   isterinya, sebaris dengan sof ibu mertuanya dan terus mengikut   gerakan-gerakan solat isterinya (cara solat wanita). Seusai si ayah   melafazkan salam tahiyyat akhir yang pertama, dengan penuh yakinnya si   menantu menjawab salam si ayah dengan nyaring. Si ayah terkejut lalu pengsan.     |        Babak 2 : Kelihatan ayah dan ibu pengantin   bersama-sama anak lelaki dan anak perempuannya sedang bersiap sedia untuk   menunaikan solat fardhu maghrib. Ketika adik lelaki pengantin perempuan   iqamat, kelihatan si menantu tergopoh-gapah menghampiri yang lain sambil muka   dan bajunya basah kerana air wudhu’nya. Si ayah membuat muka berkerut melihat   gelagat menantunya itu. Ayah Pengantin Perempuan :   “Ehem!...Dol jadi imam no..” (Kelihatan terkejut lalu secara   spontan membuat aksi seolah-olah sedang sakit perut) Pengantin Lelaki : “Adoi! Sakitnya   perut dol ni ayah! Aduh! Memulas-mulas ni ayah! Adoh!! Sakit yah! Adohh!!...   (sambil berlari keluar menuju ke tandas) ( Ayah Pengantin Lelaki hanya   menggeleng-gelengkan kepalanya kerana dia tahu itu hanyalah alas an   menantunya untuk tidak menjadi imam,lalu terus mengambil tempat untuk   mengimamkan solat. Usai si ayah membacakan surah al-Fatihah si menantupun   terus masuk lalu mengambil tempat disebelah isterinya sebaris dengan sof ibu   mentuanya. Si menantu mengikut gerakan-gerakan solat yang dilakukan oleh   isterinya (cara solat wanita), hinggalah pada waktu si ayah memberikan salam   bagi tahiyyat akhir) Ayah Pengantin Perempuan : Assalamualaikum   warahmatullah………. Pengantin Lelaki : Wa’alaikumussalam   warahmatullah!! (menjawab dengan penuh yakinnya) (Si ayah terkejut, lalu terus   pengsan) ·           Cut …  |        2   minit  |        Bunyi azan di laungkan  |    ||
|     5.  |        Visual pengacara sedang berada di   sebuah taman.  |        Skrip : “Aduhai lelaki!!”.. ( sambil menepuk   kepala sendiri, memek muka  sedih   sambil menggeleng-gelengkan kepala dan mengeluh panjang…)  |        10     saat  |          Bunyi “kwang..x3”  |    ||
|     6.  |        Video klip seorang lelaki sedang   berjalan menuju ke sebuah kedai buku sambil memilih beberapa buah buku   tentang ilmu asas-asas Islam & Ilmu rumah tangga, kemudian kedengaran   bunyi azan Asar, lalu dia segera bergerak menuju  ke masjid berhampiran  |        Melalui sekilas pandang daripada   drama pendek tersebut, pengacara mengulas serba sedikit tentang persiapan   yang sepatutnya dilakukan oleh seorang lelaki sebelum bersedia untuk memegang   amanah sebagai seorang suami dan ayah khususnya, dan sebagai ketua  keluarga amnya.   |        3   minit  |        Nasyid “Lafaz Sakinah”  |    ||
|     7.  |        Visual Hadith Sahih beserta   terjemahan yang berkaitan dengan tanggungjawab seorang lelaki sebagai ketua   keluarga  |        Tiada  |        1   minit  |        Audio suara latar hadis dibacakan  |    ||
|     8.  |        Video Interview  (2 orang responden)   |        Tertakluk   kepada jawapan responden  |        4   minit  |         Suara responden  |    ||
|     9.  |        Visual pengacara sedang berada di   sebuah taman sambil berjalan-jalan melihat gelagat sebuah keluarga yang   bahagia.  |        (Pengacara mengulas serba sedikit   tentang apa yang telah diperkatakan oleh responden, kemudian terus kepada   skrip kesimpulan dan penutup)  |        1   minit  |        Suara pengacara  |    ||
|     10.  |        End   Credit  |        Senarai   nama pengarah, penulis skrip, penerbit, pelakon, audio dan lain-lain  |        20   saat  |        Lagu loghat Terengganu – “Kerabu Pucuk Pisang”  |    ||

No comments:
Post a Comment