Saturday 9 April 2011

Aku Hanya Wanita Biasa




Aku Hanya Wanita Biasa

Aku bukan Khadijah r.a,         
tabah mengharungi getir bersama suaminya Rasulullah s.a.w.

 Aku bukan Aisyah r.a,
bijak menawan cinta kekasih Allah s.w.t.

 Aku bukan Sarah,
sanggup diduakan demi imannya pada  takdir Allah.

 Aku jua bukan Hajar yang punyai hati tegar,
 Utuh imannya membuat diri tidak gentar ditinggalkan suami bersama anak kecil di padang pasir yang gersang,
 hati ralat...sebak mengalirkan air pilu,
 namun sesekali tidak berkurang cinta pada kekasih hati,
 kerana yakin suami yang amat dikasihi taat perintah Rabbul Izzati.

 Aku hanyalah wanita biasa,
 punya hati nurani yang tak dapat dibohongi.

 Aku hanyalah wanita,
kaum Hawa yang memang rapuh hatinya.
 Aku hanyalah wanita biasa yang damba difahaminya jiwanya....


- Laskar Sang Pemimpi-
  

No comments:

Post a Comment