Zikrullah ....
KERTAS KERJA CADANGAN VIDEO KLIP ZIKRULLAH
SINOPSIS :
Ali bukan nama sebenar kelihatan seperti terlalu sibuk dengan kerja, sehinggakan waktu solat berlalu. Namun, dia masih menekan butang laptop di hadapannya. Kerja semakin bertimbun
dan dia merasakan suatu tekanan yang luarbiasa. Dia berasa marah dan keluar dari tempat kerjanya itu, lantas ke hulu-ke hilir dia mencari suatu ketenangan. Lantas,menuju ke kedai 7eleven langsung dia membeli sebotol minuman keras. Pada pandangannya, setelah teguk demi teguk, dia berasa bebas. Lari dari masalah, akan tetapi, sewaktu dalam keadaan mabuk, dia kemalangan kerana keadaan tidak sedarkan diri, dia rebah dan kepalanya terhantuk ke batu.
dan dia merasakan suatu tekanan yang luarbiasa. Dia berasa marah dan keluar dari tempat kerjanya itu, lantas ke hulu-ke hilir dia mencari suatu ketenangan. Lantas,menuju ke kedai 7eleven langsung dia membeli sebotol minuman keras. Pada pandangannya, setelah teguk demi teguk, dia berasa bebas. Lari dari masalah, akan tetapi, sewaktu dalam keadaan mabuk, dia kemalangan kerana keadaan tidak sedarkan diri, dia rebah dan kepalanya terhantuk ke batu.
(flashback)  sewaktu itu dia berjalan ingin menuju ke suatu destinasi, dilihatnya seorang pengemis meminta belas kasihan, tapi satu yang mengasyikkan, mulut pengemis itu terkumat kamit seperti menyebut sesuatu.(upsound zikir)
Dia berasa hairan, kalimah zikir mula kedengaran. Tatkala dia berjalan,melalui deretan pokok yang redup dia terlihat seorang gadis sedang membaca buku. Ali mendekati gadis tersebut. Namun langkahnya terhenti, kerana melihat gadis itu melakukan perkara yang sama seperti gadis tadi.Ali meneruskan perjalanan,sebuah motosikal lalu dan berhenti kerana lampu merah, dia hairan mulut penunggang itu terkumat kamit menyebut kalimah yang sama.Ali mula menyedari ketenangan yang sebenar.
OBJEKTIF :
1.       Memperkenalkan zikir kepada masyarakat.
2.       Menggalakkan zikir dalam kehidupan.
SASARAN:
         Masyarakat umum
KEPENTINGAN :
      Zkir adalah satu amalan yang sangat mudah dan boleh dilakukan di mana sahaja, akan tetapi masyarakat umum jarang mengamalkannya walaupun dalam masa yang singkat. Justeru Zikir ini penting untuk memberitahu kepada masyarakat umum bahawa ia sangat mudah diamalkan dan mendatangkan ketenangan dalam diri.
|     SKRIP  |        VISUAL/   GRAFIK  |        INTERVIEW  |   
|     MONTAJ  |                                 -  |        |   
|     SEGMEN  1 UPSOUND   alunan lagu ‘Kehidupan’ nyanyian In-Team Ali   (bukan nama sebenar) sangat komited dengan kerjanya sebagai penolong pengurus   pemasaran sebuah syarikat. Tiada hari tanpa bekerja sekalipun malam datang   menjelma. Ali merupakan seorang yang berdedikasi dan menjadi ayam tambatan   syarikat. Setiap kerja pasti akan dilakukan dengan baik dan menepati waktu.  |        1.         Video  lelaki berkerjaya 2.         Video  Ali ditempat kerja 3.         Video Ali sebagai pekerja yang   rajin  dan berdedikasi 4.         Video menunjukkan Ali seorang yang   kaya  |        |   
|     SEGMEN 2 UPSOUND   alunan lagu ‘Kehidupan’ nyanyian In-Team Suatu   hari Ali merasakan dirinya dalam keadaan tertekan dengan lambakan kerja. Masa   semakin suntuk untuk menyiapkan tugas yang diberikan. Banyak laporan yang   belum difailkan. Masa berlalu pergi dan Ali hanya tercegat di hadapan   komputer riba sambil tangannya ligat menekan papan kekunci  |        1.         Video Ali dalam tekanan 2.         Video jam dinding sedang berdetik   dan di “fast forward” 3.         Video papan kekunci ditekan dengan   memperlihatkan ‘view close shot’ mata Ali.  |        |   
|     SEGMEN   3: UPSOUND   lagu genre ‘rock’ Dalam   keadaan tertekan, Ali keluar dari tempat kerja dan   melangkah ke suatu tempat. Merasakan dirinya dalam keadaan letih dan risau   Ali kemudiannya mendapatkan sebotol minuman keras dan rokok. Ali berpendapat   dengan cara ini sahaja mampu memberikan ketenangan.  |        1.         Video bukaan pintu dan langkah kaki   yang pantas dengan menunjukkan wajah Ali secara “close shot” 2.         Video langkah kaki menuju ke 7eleven. 3.         Video menunjukkan deretan minuman   keras dan rokok 4.         Video  Ali meneguk botol arak sambil   terhuyung-hayang  |        |   
|     SEGMEN   4: UPSOUND   alunan Zikir Ali   dalam keadaan yang separuh mabuk mula hilang kawalan apabila mula bertindak   di luar kawalan. Dalam ketidakwarasannya itu, Ali hampir-hampir dilanggar   oleh sebuah kereta. Ali sempat mengelak namun dia terjatuh dan kepalanya   terhentak pada batu.  |        1.       Video   Ali di suatu lorong dengan gaya meneguk botol arak. 2.       Video   Ali seolah-olah tidak tahu hala tujuan,dalam tekanan. 3.       Video   sebuah kereta meluru pantas dan hampir melanggar Ali. Ali mengelak tapi   terjatuh dan kepalanya terhentak pada batu.  |        |   
|     SEGMEN   5: FLASHBACK Ali   dalam keadaan yang bingung. Melihat-lihat sekelilingnya sambil memegang   kepala. Ali merasakan bahawa dirinya berada di alam lain. Ali memulakan   langkah. Langkah demi langkah Ali begitu perlahan kerana dia masih tidak tahu   apa yang telah berlaku. Ali meraba poket baju nya untuk mengambil rokok   tetapi tiada. Langkah diteruskan sambil telinganya seolah-olah mendengar   suatu yang begitu indah.  |        1.         Video Ali bangun dari tempat dia   terbaring sambil memerhatikan keadaan sekeliling. 2.         Video langkah kaki dan wajah Ali   yang masih dalam kebingunan. Ali meraba poket bajunya. 3.         Video langkah Ali diteruskan  |        |   
|     SEGMEN   6: Di suatu   sudut Ali terlihat seorang lelaki duduk sambil memegang cawan. Ali mengamati   kelibat lelaki itu dari jauh. Ali cuba mendekatinya dan cuba untuk menyapa   lelaki itu. Ali terpaku seketika bila alunan indah itu bergema semula. Ali   melihat mulut lelaki tersebut sedang terkumat kamit menyebut sesuatu dalam   keadaan wajahnya yang amat tenang. Ali meneruskan perjalanan. Dan dalam   setiap setiap alunan indah itu sentiasa menemaninya. Sehingga dia berhenti di   suatu tempat melihat seorang gadis sedang membaca buku. Ali tiba-tiba   tersenyum, mungkin suka. Apabila Ali ingin mendekati wanita tersebut, Ali   kembali terpaku, kehairanan melihat bibir gadis tersebut terkumat-kamit   menyebut sesuatu. Gadis tu kemudiannya beredar. Tidak jauh dari tempat,   berdekatan lampu isyarat. Ali terpandang seorang penunggang motosikal yang   berhenti tatkala lampu merah. Dia amati wajah penunggang tersebut. Namun dia   masih hairan mengapa mulutnya asyik terkumat kamit seolah-olah menyebut   sesuatu. Walaupun dalam keadaan panas, wajah penunggang tersebut tenang dan   damai.  |        1.         Video seorang lelaki memegang cawan   sambil itu, Ali memandangnya dengan penuh tanda tanya. 2.         Video Ali cuba mendekaki lelaki   tersebut namun kaku setelah melihat mulut lelaki itu terkumat kamit dalam   keadaan wajahnya yang tenang. 3.         Video Ali meneruskan perjalanan dan   terserempak dengan seorang gadis  yang   sedang membaca buku 4.         Video Ali tersenyum dan cuba   merapati gadis tersebut namun kaku setelah melihat bibir gadis itu sentiasa   terkumat kamit menyebut kalimah dalam keadaan tenang 5.         Video lampu isyarat bertukar merah   dan seorang penunggang berhenti. Sekilas Ali memandang wajah penunggang   terbabit dan cuba mengamati setiap lafaz yang keluar dari mulutnya. 6.         Video menunjukkan hari yang agak   panas dan terik  |    |
|     SEGMEN   7: Ali   sudah mulai merasa tenang dengan keadaan sekelilingnya. Dia seolah-olah dapat   mendengar setiap makhluk yang hidup di sekelilingnya termasuk batu, berzikir   kepada Sang Pencipta mereka. Ali menarik nafas lega menutup matanya kembali   untuk mengimbau apa yang telah dia lakukan selama ini. (Flashback keadaan   semasa Ali di pejabat). Baru Ali sedar bahawa dirinya ini kekurangan sesuatu.   Perutnya tatkala lapar diisikan dengan makanan.Tetapi tatkala rohaninya   meronta?. Solat pun tidak inikan kalimah indah zikir tidak dilafazkan walau   seayat. Ali mengalirkan air mata.Memohon kembali kepada tempat asalnya.  |        1.         Video  Ali duduk di sebuah bangku duduk termenung 2.         Video sekitar tempat duduk Ali   menampakkan bunga, pokok, langit dan batu 3.         Video Ali menarik nafas dan hembus   dengan perlahan 4.         Video flashback ketika Ali di tempat   kerja 5.         Video Ali mengalirkan airmata dan   menadah tangan memohon dikembalikan ke tempat asalnya.  |        |   
|     SEGMEN   8: Ali   kemudian sedar dari tempat dia hampir dilanggar oleh kereta. Dalam keadaan   seperti menahan sakit Ali cuba duduk dan berdiri. Ali memegang botol arak dan   merenung botol itu dan dengan yakinnya dia menghempas botol itu ke lantai.   Ali sedar bahawa hakikat kebahagiaan itu adalah hanya dengan mengingati   Allah. END   CREDIT  |        1.         Video Ali sedar dari tempat kejadian 2.         Video Ali merenung botol arak   tersebut dan menghempasnya 3.         Video Ali beredar dari tempat itu   dan membasuh mukanya. 4.         Video menunjukkan kelibat orang yang   pernah ditemuinya menyapa Ali.  |        |   
BELANJAWAN:
Perbelanjaan  |    Kuantiti  |    Jumlah  |   
Makanan  |    RM5x5  |    Rm25  |   
Pengangkutan  |    RM5x5  |    RM25  |   
Lain-lain  |    RM5x5  |    RM25  |   
Jumlah   perbelanjaan  |    RM75  |   |
by : In-Track Production Sdn.Bhd 


No comments:
Post a Comment