Harta Sebenar 
Sekarang  ini, kita melihat, harga emas dan perak dunia, semakin   hari, semakin  mahal mengikut nilaian duit kertas yang kita pegang.Dan  dahulu kala, orang kata,emas waktu 1 gram harga RM 36 (lebih 10  tahun  dulu), orang kata mahal.
Lepas tu, harga RM 70/gram pun masih  mahal.
Tup tap tup tap, hari ni, RM 145/gram , pun masih mahal.
Entah  bilakah akan murah emas ni ye?
Kalian masih  ingat tiga tragedi Besar yang melanda bangsa kita di  Tanah Melayu?
Di  Malaysia ini.
Sebelum merdeka, duit kertas British mula  perkenalkan. Depa  sandarkan dengan emas.
Lepas Jepun datang, duit  kertas British yang orang melayu pegang  habis tiada nilai.
Berjuta-juta  tan emas orang melayu rugi sebab duit kertas British  tak laku, tak leh  tukar dengan emas balik.
British bawa balik bertan-tan emas  free-free je ke negara depa.  Orang tanah melayu kena tipu.
Lepas  tu, Jepun datang dengan duit daun pisangnya.
Masa depa  memerintah, ada la laku sekejap tapi waktu depa memerintah  juga duit  daun pisang tu lingkup.
Orang Tanah Melayu rugi.  Bertan-tan Emas.
Tahun 1997, krisis ekonomi Asia, Malaysia  lingkup dan hampir  lingkup.
Kertas ringgit hilang separuh  nilainya dari nilai asal.
Yang kaya jadi miskin , yang miskin  terus lingkup.
Tapi, dari tiga-tiga peristiwa ni,  orang yang simpan emas dan perak,  merasa selamat.
Sebabnya,  harta mereka tersimpan dan aset mereka terjaga.
Lepas habis  setiap tragedi tersebut, yang simpan emas perak,  meneruskan kehidupan  macam biasa.
Depa pi pajak, jual emas perak depa, dapat barang.
Itu  Cerita RIngkas.
Hari ni, pakat pulun ramai orang  makin celik, bab simpan harta ni.
Dari banyak-banyak aset, emas  perak paling ramai yang dok  bisik-bisik.
Biasa emas ni,  orang ada banyak duit kertas sket, boleh beli.
dan Perak pula,  orang biasa dan duit takat-takat ada, mudah dan  boleh beli.
Dan  sekarang ni, dah makin banyak orang sibuk cakap pasal dinar  dirham,  berjual beli dengan emas dan perak.
Beli barang pasar  (barang-barang kecil), guna dirham (syiling  perak).
Beli barang  besar (rumah, kereta, motor, kambing, lembu dll) guna  dinar (emas).
Sibuk cakap pasal beli ni, bila masa nak  simpan?
Harga dirham sekarang ni,  RM 24 untuk 1 dirham ( 3 gram perak).
Masa saya mula beli dulu, 8  bulan lepas, harganya RM 13 untuk 1  dirham.
Tapi…  kalau kalian lihat harga perak dunia dan semasa, sepatutnya   harga  dirham boleh dapat rendah lagi. Dalam RM 17 untuk 1 dirham?
Ok,  cuba tengok harga semasa untuk 10 dirham kelantan (29.75 gram) =  RM  240.
Harga untuk 1 auns syiling perak (31.1 gram atau 10 dirham )  dunia   (australia, amerika, rusia dll) di pasaran malaysia = RM 140-150.
Kita  nampak beza kan?
Dirham beratnya lagi kurang dari syiling auns  yang dicetak oleh  kebanyakan negara tapi lagi mahal.
Jadi,  saya bagi kesimpulan sikit.
Dirham ni, disebabkan dia  mudah cair (boleh terus guna), jadi elok  untuk kegunaan dan simpanan  jangka pendek.
Jumpa kedai, tanya terima dinar dirham tak, kalau  terima, boleh   terus guna untuk nilai tersebut (nilai semasa dirham) ,  kalau kedai tak   terima, boleh simpan balik. atau cari orang yang minat  dirham, jual   kat dia.
Untuk syiling auns ni,harganya murah  tapi orang nak buat urus niaga   tu, kalau yang betul-betul faham sahaja  yang terima syiling auns ni   sebagai buat jual beli barang.
Tapi,  dalam banyak hal, ianya tetap syiling yang mempunyai perak.  Dan  penyimpan nilai terbaik.
1 dirham ( 3 gram perak ) 1400  tahun dulu boleh beli seekor ayam,  hari ni, 1 dirham boleh beli 1 ekor  ayam juga.
Jadi, 2 kesimpulan nampak kan?
Bahagikan  duit simpanan kalian kepada dua bahagian ,ikut dan  terpulang %  masing-masing. 
1- Kalau nak terus guna,  beli dirham, simpan dalam dompet. sentiasa    bawa, jumpa kedai, tanya,  terima dirham tak, kalau terima,   alhamdulillah, terus guna beli barang.
2  – Kalau mahu simpan untuk jangka panjang, (melebihi 9 bulan   sehingga  berpuluh tahun) , maka eloklah beli perak syiling atau   jongkong yang  paling murah dan paling tulen (Ag 999 @ Au 999 ), beli   dan simpan, lepas  setahun, keluar zakat ( 2.5% dari seluruh emas/perak   yang ada).
Kalau  nak tukar ke duit kertas, hubungi kepada penjual yang kita   beli perak  dulu tu, dia nak beli balik tak perak yang dia jual dulu?…
Kalau  nak guna terus pun boleh, in sya allah, sekarang ni, dah ramai   orang  sedar pasal emas perak, dinar dirham ni, jadi dalam masa  setahun  ni,  akan ada perubahan besar berlaku.
Eh, eh…korang tahu kan  apa yang pakar-pakar ekonomi barat cakap  pasal ekonomi dunia pada 2012  nanti?…
(bukan nak meramal atau nak jadi tukang nujum ke apa ke,  tapi depa   cakap berdasarkan fakta. Penunjuk arasnya, harga emas perak  tahun lepas   dan awal tahun ni, naik antara paling tinggi dalam sejarah)
Kalau  dah ada emas dan perak, ce cerita kat kawan-kawan lain ajak  simpan sama.
Tempat simpan, jangan bagitau orang
       
p/s : Sape2 yg da ade plan nak kawen dalam masa terdekat ni, tahun depan ke bolehla strat beli dinar dan dirham ek!!=p
Dipetik daripada laman - http://pokwesilver.wordpress.com/2011/03/28/membeli-dan-menyimpan-aset-dari-produk-emas-dan-perak-%E2%80%93-tips-dan-langkah-langkah/


No comments:
Post a Comment