Oh' Lelaki..........................
KERTAS CADANGAN DOKUMENTARI “OH LELAKI”
SINOPSIS : 
Dokumentari ini membincangkan tentang tanggungjawab lelaki sebelum berumah tangga. Segmen pertama adalah pengenalan umum tentang lelaki.
Segmen kedua menerangkan hakikat lelaki kini yang kurang mengambil perhatian terhadap tanggungjawabnya. Ramai lelaki yang hanya tahu bercinta tetapi selepas mendirikan rumah tangga, tanggungjawab sebagai ketua  tidak mampu dilaksanakan.
Dan dalam segmen terakhir membincangkan tangungjwab sebenar lelaki sebelum berkahwin, contohnya mempelajari mengenai ilmu-ilmu yang perlu untuk mempersiapkan diri sebelum menjadi suami.
OBJEKTIF :
1.      Memperkenalkan tanggungjawab sebenar seorang lelaki sebagai suami, bapa, dan anak.
2.      Mengenalpasti senario lelaki zaman kini.
3.      Memperkasakan tanggungjawab lelaki sebagai ketua keluarga.
SASARAN:
        Masyarakat umum khususnya golongan   lelaki.
KEPENTINGAN :
        Kepentingan dokumentari ini adalah menyedarkan lelaki tentang tanggungjawabnya khususnya sebagai ketua keluarga. Menjadi seorang suami merupakan amanah besar yang perlu dipikul bagi seorang lelaki. Bila berjayanya akad nikah maka seorang lelaki memikul tanggungjawab seorang wanita yang sebelumnya berada di bawah tanggungan ayahnya, kini berada di bawah tanggungannya. Didikan agama, nafkah dan sebagainya yang ditanggung oleh seorang ayah.
       Seterusnya seorang suami seharusnya mempunyai matlamat kemanakah hala tuju yang ingin dibawa olehnya dalam kehidupan berkeluarga ini. sama ada ke syurga atau ke neraka? Mahu memberikan kemewahan dunia yang sementara dan berpoya-poya selagi nyawa masih ada? Mahu menjadikan anak-anak dan isteri sebagai perhiasan dunia semata atau sehingga kedalam syurga? Jika mahu dibawa kesyurga bagaimana caranya, apakah sudah ada. Matlamat ini perlulah disematkan seboleh-boleh sebelum perkahwinan dilangsungkan atau selepas bergelar suami. Jika sudah terlajak, masih boleh diperbetulkan matlamat ini, selagi nyawa dikandung badan.   
BELANJAWAN:
Perbelanjaan  |    Kuantiti  |    Jumlah  |   
Makanan  |    RM 5 x 5  |    RM25  |   
Pengangkutan  |    RM 5 x 5  |    RM25  |   
Jumlah keseluruhan  |    RM50  |   |
KONSEP:
SKRIP  |    VISUAL/ GRAFIK  |    INTERVIEW  |   
MONTAJ  |    ||
SEGMEN    1 Suara latar Asas kejadian kaum lelaki, dikurniakan oleh   Allah dengan kekuatan fizikal, mempunyai pemikiran yang matang dan beberapa kelebihan   lain. Sebaliknya kaum wanita diciptakan dengan sifat yang lemah lembut,   pemalu dan tidak agresif. Dari mereka lebih banyak dipengaruhi emosi dan   sebagainya. Maka sewajarnya kaum lelaki diberi tugas dan tanggungjawab   memikul amanah menjadi ketua atau pemimpin yang mengawal serta memberi   perlindungan kepada kaum wanita.  |    1.    Video  lelaki berkerjaya 2. Video keluarga bahagia 3. Gambar- gambar lelaki  |    |
SEGMEN 2 Pengacara L   :  Sarah,    amacam hebat tak lelaki? Pengacara W : hebat..tapi sekarang macammana saya nak cari lelaki   macam tue?  Saya tengok  realiti lelaki zaman sekarang ni sangat   menakutkan sampai saya  tak jumpa ciri   calon suami idaman. Pengacara L : Sarah, saya yang depan mata ni awak tak   nampak...baik...lemah-lembut, penyayang Pengacara W : yeke? Bukankah ramai lelaki seperti ini? (tayangan gambar)  |    1. Gambar couple 2. Gambar lelaki merempit 3. Gambar lelaki lepak 4. Gambar lelaki merokok 5. Gambar lelaki negatif  |    |
Pengacara L     : Sarah, tu semua dulu . Lelaki sekarang tak macam   tu. Pengacara W :Fendi, dulu atau sekarang tak penting, yang penting   dalam Islam seorang lelaki mestilah bertanggungjwab selaku ketua yang boleh   memimpin keluarga. Khususnya bagi lelaki    yang sudah berkahwin. Pengacara L :  betul  jugak apa yang awak cakap tu.Baiklah...   lelaki diluar sana, jangan jadi seperti    ini. ( tayang video)  |    1.Video lelaki tidak pandai  solat  |    |
SEGMEN 3: Pengacara    L: Keadaan ini terjadi adalah disebabkan kaum   lelaki tidak tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Hati mereka jauh daripada   mengingati Allah dan tiada kesedaran dalam memikul amanah. Pengacara W:   Ya fendi,   seorang lelaki itu seharusnya bersedia sebelum mendirikan rumahtangga.   Suara   latar:  Persediaan Bergelar Suami Semua  insan  yang  bercinta    mesti  impikan  sebuah  perkahwinan  yang    bahagia  dan  sempurna. Di dalam  sesebuah  perkahwinan   ,  suami  adalah  merupakan  ketua keluarga    dan  memainkan  peranan  yang  amat  besar   untuk  menentukan  hala tuju  sesebuah  perkahwinan   tersebut. Persediaan  yang  cukup  amatlah    diperlukan  bagi  seorang  insan  yang  ingin    bergelar  suami: 
 Seorang  lelaki  mesti    sanggup  untuk  berubah  dari  kehidupan    sebagai  seorang  bujang  kepada  kehidupan    berkeluarga apabila  mereka  bersedia  untuk  berkahwin.  |    1.Gambar lelaki sedang kuliah 2.Gambar lelaki sedang  membeli buku agama  3.Video lelaki sudah pandai solat dan   menjadi imam   |    |
Hadis    tentang amanah عن ابن عمر رضي الله عنهما قال: سَمِعْتُ   رسولَ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلمَّ يَقُوْلُ: ((كُلُّكُمْ رَاعٍ،   وَكُلُّكُمْ مَسْؤُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، الإِمَامُ رَاعٍ وَمَسْْؤُوْلٌ عَنْ   رَعِيَّتِهِ، وَالرَّجُلُ رَاعٍ فِيْ أَهْلِهِ وَمَسْؤُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ،   وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ فِيْ بَيْتِ زَوْجِهَا وَمَسْؤُوْلَةٌ عَنْ   رَعِيَّتِهَا، وَالْخَادِمُ رَاعٍ فِيْ مَالِ سَيِّدِهِ وَمَسْؤُوْلٌ عَنْ   رَعِيَّتِهِ، وَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَمَسْؤُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ)) متفق عليه  |    Maksud hadis "Setiap orang daripada kamu adalah   penggembala dan setiap seorang dari kamu akan ditanya perihal   penggembalaannya. Pemimpin adalah penggembala dan akan ditanya perihal   penggembalaannya. Seorang lelaki adalah penggembala dalam keluarganya dan   akan ditanya perihal penggembalaannya. Seorang wanita adalah penggembala   dalam rumah suaminya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Buruh adalah   penggembala dalam harta majikannya dan akan ditanya perihal penggembalaannya.   Jadi setiap seorang dari engkau semua itu adalah penggembala dan tentu akan   ditanya perihal penggembalaannya. "  |    |
Pengacara wanita: jom kita dengar apa kata tokoh, tips2 menjadi seorang   suami idaman setiap wanita.  |    Gambar interview  |    Interview tokoh: Ustaz Khairulnizam daripada   Jabatan Al-Quran & Hadith  |   
Kesimpulan: Pengacara wanita: Fendi, awak dah bersedia untuk menjadi seorang suami? Pengacara    lelaki:   ehem...semestinya sudah.  Ingatlah   lelaki, tanggungjawab kita ini sangat berat dan akan dipersoalkan di akhirat   kelak. Jadi, marilah kita meningkatkan prestasi cemerlang sebagai  lelaki.  |    ||
End-credit  |    Krew produksi- Intrack  |    


No comments:
Post a Comment